zul kulim - ada baik buruknya

kenapa kebanyakan blogger yang dulu memuji zul kulim bagaikan pahlawan tapi sekarang mentaji dan menyumpah seranah zul kulim sampai tiada satu pun kebaikan apa yang zul kulim pernah buat. walaupun bagaimanapun diri zul kulim, dia adalah seorang pengerak kepada refomasi tahun 1998. dia masih seorang perjuang walaupun disaat ini zul kulim tergelincir sedikit daripada landasan yang mana mengikut perkiraanya dia adalah masih lagi orang yang sama. dia masih lagi zul kulim yang terus menerus menegakkan keadilan.
walaupun zul kulim sekarang sudah keluar pkr dan mengistiharkan bebas dan semalam dia mengkritik presiden pkr tidak bermakna zul kulim terus lari dari perjuangan. walaupun zul kulim kenyang 2 3 hari ini makan sumpah seranah dari blogger yang dulu amat menyayangi zul kulim. hari ini zul kulim terpaksa berdepan dengan semua itu kerana keceluparan mulutnya.
walaubagaimanapun zul kulim masih dikira baik kerana dia tidak mengambil rasuah politik kerana umno masih lagi gagal untuk membeli diri beliau. kalaupun ada kesalahan zul kulim ia tetap masih seorang perjuang dan masih belum mesra umno sepenuhnya, walaupun tindakannya banyak yang menyebelahi umno. ingatlah sikit jasa zul kulim walaupun dia tidak lagi sekapal dengan kita. dia pernah menjadi layar dan pernah jadi pendayung.

Ulasan