cerita bangang oleh pakaq

ketua taskforce13 tersenyum riang selepas menulis entry bangang

pakaq dalam entri terbaru menceritakan bagaimana dia waktu dahulu, dia ni miskin, baca sampai habis cerita pakaq masa sekolah dulu, pakaq dah memang semestinya alim dari sekolah lagi sebab itu dia boleh mengfitnah pas dengan mudah, ilmu ugamanya amat tinggi lebih tinggi dari ulamak kepala lutut, isnin dan khamis dia dah belajar puasa sunat dalam umur 16 tahun lagi. orang lain kalau umuq macam pakaq puasa bulan ramadan belum tentu lagi puasa penuh. kau orang boleh baca entri sedih pakaq dalam laman sesawang, kauorang cari sendiri le laman web yang diupdate setiap masa tapi makan gaji dengan harakahdaily yang tidak berupdate secara daily tetapi secara bulanan kerana wartawannya sibuk dengan usrah barbican tepi longkang.



mat nor kawan pakaq yang berniaga dalam sekolah memanglah tak salah menyalahi peraturan, tapi pakaq tahu ke meniaga, apakah makna halal haram, kalau setakat puasa isnin khamis kena juga tahu halal dan haram dalam berniaga. bukan semua perniagaan halal, jual no tiket toto tu haram walaupun perniagaan, jual beer yang ada alcohol tu pun haram, dimana salahnya mat nor member pakaq yang banyak berjasa kepada pakaq yang amat lapar ketika itu. pakaq sedar atau tidak, mat nor menjual barang lebih murah kepada pelajar atau member dia berbanding dengan di kantin, apakah pakaq sedar yang member pakaq mat nor menyekat rezeki tuan punya kantin. memang le harga kantin berbeza dengan harga mat nor yang amat mulia tu kepada pakaq.



tuan punya kantin terpaksa membayar sewa kantin, membayar utiliti, mengupah pekerja untuk membasuh pinggan selepas pelajar seperti pakaq melantaq, mencuci persekitaran kantin, semua itu perlukan duit untuk membayarnya, bukan seperti mat nor hanya membeli dari mamak, tidak perlu upah pekerja membasuh pinggan, tak perlu bayar sewa, tapi mat nor yang tidak mengenal halal haram dalam meniaga terus menjual dengan harga murah. betapa tidak cerdiknya wartawan harakahdaily yang buat perbandingan yang mat nor tidak menjual ganja atau dadah sebab itu perniagaan mat nor dihalalkan. apakah peraturan kebersihan yang dikenakan kepada kantin demi menjaga pelajar tidak mengalami keracunan juga diambik berat oleh mat nor kawan pakaq. menjual barang lebih murah kepada pelanggan kerana nak dapatkan pelanggan untuk mengatasi persaing adalah satu perniagaan yang berniat jahat. bersaing secara sihat dalam perniagaan adalah seperti mat nor ambik lesen bayar sewa bayar pekerja bolehkah mat nor menjual dengan harga murah lagi, ntah ntah lebih mahal dari peniaga kantin. jangan menulis sekadar nak menyedapkan tulisan, dialam maya boleh korner di alam realiti berbeza.


pakaq kata dia muslim tapi tidak tahu halal haram dalam berniaga, anak muda seperti pakaq adalah anak muda yang tidak memberi apa apa makna kepada negara, yang kecil pun tidak tahu macamana nak menguruskan hal ehwal negara. ada pro dan kontra dalam pemberian tender, harga yang murah bukan alasan untuk menerima satu satu projek, jika harga murah belum tentu dapat membekalkan kualiti, sahabat pakaq yang menceritakan bahawa dia gagal mendapat sebarang projek di negeri sembilan walaupun dia memberika harga yang rendah dan masih gagal kerana kronisme berlaku dalam kerajaan negeri. tanya di penang wahai pakaq anak mamak penang apakah lim guan eng tertakluk kepada harga rendah, mekanisme harga sesuatu projek bukan bergantung kepada harga murah, apakah zahrain gagal mendapatkan projek 40 juta di penang kerana tidak menawarkan harga rendah, zahrain menawarkan harga tinggi tetapi syarikat yang ditubuhkan bernilai hanyalah 2 ringgit, kalau zahrain menawarkan harga lebih murah belum tentu lim guan eng menerima syarikat itu, penilaian kepada beberapa syarat adalah lebih penting dari harga yang ditawarkan.


jika harga penawaran terlampau murah dikemukan, kerajaan lim guan eng takut syarikat ini tidak mampu meneruskan projek ini sehingga siap, banyak benda dikenalpasti sebelum menganugerahkan projek projek yang memakan belanja yang besar. kekuatan modal syarikat juga perlu diambil kira, pengalaman dalam melaksanakan projek. semua ini akan dikaji sebelum dianugerahkan kepada syarikat tersebut, kawan pakaq muslim, kawan pakaq muslim, kawan pakaq bumiputra kenapa dilayan sebegitu, adakah kerana ia seperti mat nor kawan pakaq yang tidak perlu membayar sewa, tidak perlu membayar upah pekerja atau kerana dia kawan pakaq. bukan semua tender dinilai diatas penilaian harga. kalau tak reti berniaga baik makan gaji kat harakahdaily aje, gigit tangan tuan pun masih dibayar gaji. inilah bestnya jadi wartawan harakah.

Ulasan