berahim ali dpt permit akhbar - suara perkosa ooop silap perkasa

Berahim aloi telah mendapat permit untuk menerbitkan akhbar dibawah jenama perkasa jangan perkosa sudah. tetapi kdn tidak menyebut samada permit akhbar ini hanya untuk bacaan ahli perkasa saja atau terbuka kepada umum, kalau permit akhbar perkasa ini untuk bacaan ahli perkasa bermakna akhbar perkasa tidak boleh dijual kepada umum sepertimana harakah dan suara keadilan. suara perkasa diberi nama dan akan diterbitkan sebanyak 2 kali sebulan.


suara perkasa akan menjadi suara berahim aloy kerana berahim akan memperkudakan permit akhbar ini untuk kegiatan beliau bukannya untuk perkasa, segala kegiatan berahim akan dimuatkan dalam akhbar suara perkasa. makin panjang langkah berahim aloy lepas ini, semua benda mintak dengan umno, umno akan luluskan dengan senang hati dan mudah, tapi yang paling menyedihkan hati hati berahim adalah umno tetap tidak mahu menerima makhluk dua alam ini, siang menjadi katak gomok malam menjadi manusia dua alam. sudah pelbagai bentuk gerakerja yang dilakukan oleh berahim tapi umno tetap keras hati tak mahu menerima berahim, berahim tetap hamis, busuk dan berulat dihati umno. berahim dah meletakkan maruahnya ditapak kaki lembu pun umno masih senyap menyepi dan membatukan diri. apalagi yang berahim nak lakukan, dah habis ikthiar dan usaha dah berahim.


MP MP yang keluar pkr atau pakatan rakyat dah boleh join perkasa dan membentuk komuniti bersama berahim, tapi jangan jadikan berahim sebagai ketua dan idola, hanya berdamping saja, mp mp yang menjadi bebas hanya perlu berkawan dan jangan tidur sekatil dengan berahim nanti mereka akan ditukarkan menjadi mp mp yang mesra umno yang boleh disuruh dan dicucuk hidung. adat orang membeli kereta terpakai, kenalah digasak dan diuji dulu ketahanan barangan terpakai, kalau tak nak pakai buang aje dalam tong sampah. yelah barangan buangan bukan tahan lama, tuan lama dah campak memang tak berguna kepada tuan punya asal. selepas digasak dan dihantam cukup cukup terus aje buang bukan berguna sangat hanya untuk sementara waktu je. umno dah keluar banyak wang tentulah nak guna waktu kecemasan atau setiap waktu sebelum tarikh luput sampai, biasanya barangan buangan ini tarikh tamat tempoh singkat sahaja, dua bulan paling lama, kalau tak pun dipanggil waktu kecemasan. ada kurang dihargai tak ada pun tak mencacatkan tuannya.

Ulasan