Blogger AdukaTaruna kena langgar

Projek langgar Haji Hadi telah diwar-warkan dalam blog beliau mendapat sokongan dan dokongan dari ahli-ahli pas yang mahukan pas berubah mengikut citarasa mereka. Mereka mahu mengubah Pas dari bersikap jumud kepada lebih efisien mengikut firasat mereka. Dan aku tidak hairanlah jika aduka ini sanggup memaki hamun sahabat nabi, isteri nabi dan ulamak-ulamak muktabar. Tengok senarai dalam blog perisik rakyat boleh kita menggambarkan bahawa rangkaian aduka memang meluas dan meliputi semua jentera, sebab itu aduka boleh menghalalkan apa saja yang haram tanpa rasa takut-takut kerana ada yang akan membantu dia dalam menghadapi orang yang tidak bersependapat dengan beliau.
(Gua ucap terima kasih banyak-banyak pada geng-geng blogger - Penarik Beca, Mountdweller, Tulang Besi, Evelyn, Zainurfaqar, Edyes, Ali Bagan Utama, PRBlogger, Xenan, Al Bakistani, PinkTurtle, Asrol Kelate Kito, Isa ISA, Baginda Reformasi, Andrew, Jimadie, Cuping Merah, Che'gu Bard, Haji Annuar, Pengliporlari dan lain-lain)
Albakistani ulamak kepala lutut amat bersetuju dengan cara aduka mempersembahkan tulisan kerana bagi beliau "Hujjahnya menarik, menyebabkan pembaca yang membaca dengan minda terbuka akan berfikir. Orang yang otak tertutup sahaja, akan marah dengan tulisan adukataruna. Marah, kerana tidak memahami filosofi disebalik ungkapannya, waima berwajah kasar."Padaku, Adukataruna adalah satu fenomena anak muda kini. Aku tak fikir, dari kalangan pemuda mana-mana parti – Sama ada PAS, PKR, DAP, MCA, MIC dan sebagainya - yang boleh cipta fenomena seperti adukataruna. Buktinya, UMNO lebih takut kepada seorang blogger bernama Adukataruna berbanding pemuda-pemuda parti politik yang ada di Malaysia.
Oleh kerana beliau mendapat sokongan daripada ulamak yang paling tersohor bermakna cacian dan makian kepada isteri nabi. sahabat nabi dihalalkan oleh pengampu dan penjilat aduka taruna. Pemimpin Pas yang bertaraf ustaz juga menyanjung tinggi idea dan keintelektual fikiran yang begitu kritis mendahului zaman. Jika ada yang diantara kita yang menongkah arus bermakna mereka terpaksa berdepan dengan ulamak yang telah khatam kitab di pakistan yang mana di sini ulamak muktabar lebih tinggi dari ulamak yang ada di mekah dan madinah. Sesiapa yang belajar di pakistan lebih hebat walaupun ilmu hanya sekelumit kuku unta padang pasir.
Apakah kitab mana yang menghalalkan kritikan, kutukan, caci maki kepada isteri nabi, ulamak kepala lutut belajar di mana yang boleh menghalalkan semua ini, apakah dengan mencaci mazhab shafie ulamak kepala lutut dah boleh berbuat pandangan baru dalam islam. Hati umat islam amat terguris dengan caci maki yang berterusan dan mungkin ada yang menadah tangan memohon kepada allah memberi pertunjuk kepada makhluk yang bernama aduka ini, dan pengikut penjilatnya menunggu masa yang sesuai menerima pembalasan dari allah,
dimulut mahukan negara islam tetapi perangai tidak melambangkan orang islam tetapi lebih teruk menyerang orang yang mendokong islam dari menyerang orang kafir yang terus memerangi orang islam. Penjilat aduka terus memberikan warna impak yang sempurna kepada aduka seolah-olah aduka tidak bersalah, Kalau dah tangan mencincang tak bahu tak sanggup nak memikulnya, buat salah bila mintak maaf di ampunkan, senang le dunia ini, bunuh orang mintak maaf, begitu mudah penjilat aduka memberi respon kepada menteri yang sama negeri dengan aduka, konon boleh memberi maaf kepada yang tersilap. pastikan hukuman kepada yang bersalah

Ulasan