Mengurus Pas dengan Hikmah

Menguruskan Pas bukan seperti menguruskan sebuah rumah, bilangan anggota keluarga yg ada tidak begitu ramai dan tidak begitu banyak karenahnya, boleh menggunakan kuasa veto bila bila masa diperlukan, kita dapat mengenal semua perangai anak-anak dibawah kita, sebab semua bermula dari sebesar ibu jari hinggalah ke sebesar seekor badak, dari tiada gigi kepada penuh gigi boleh mengigit apa saja termasuk mengigit mak ayah, Pengurusan rumah boleh diatur dengan baik dan tersusun kerana bilangan yg kecil dan dalam ruang litup yg kecil, menggunakan bahasa yg hampir sama, dialeg pun sama, tidak ada kecelaruan dalam memberi arahan dan patuh kepada arahan kerana arahan diberikan dalam bahasa yg sama.
Kritikan keras oleh dua panel jemputan kepada Presiden dan pemimpin Pas diterima dengan dada yg terbuka dan berlapang fikiran. Ada benarnya kritikan kepada Partai Islam Semalaysia dan ada juga yg tersasar, yang mana tersasar itu kita buat sebagai batu sempadan untuk memisahkan antara yg hak dan batil. Dua Panel tersebut boleh diibaratkan sebagai doctor pakar dalam bidang masing-masing, Mungkin doctor peribadi yg ada disekeliling pemimpin pas tidak sanggup berbuat demikian yakni memberitahu pesakit tentang sakit yg dihidapi oleh pesakit, oleh sebab itu doctor lain perlu dipanggil untuk memberi penjelasan tentang keadaan pesakit, samada ada kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, gaout, kanser atau sakit buah pinggang.
Pesakit yg baik mestilah menerima penyakit mereka dengan tenang dan sabar walaupun pahit, tetapi doctor pakar tersebut telah melontarkan pandangan supaya memotong mana mana bahagian yg berpenyakit, mungkin ada satu-satu penyakit boleh diubati dengan cara memotong bahagian yg terkena penyakit tersebut, tapi kalau semua penyakit datang semua kena potong, bangang ke apa doctor ni, tak akan semua penyakit kena kerat, pesakit darah tinggi kerat pembuluh darah mana boleh macam tu, mungkin pesakit mempunyai cara yg lain untuk mengubati sakit tersebut, tak kan le semua penyakit datang kat dia semua di arah kerat, belah, jadi apa yg tinggal jika semua dikerat dan dilapah. Ada sakit kronik yg dapat diubati tanpa mengerat pesakit.Ini tak asal sakit kerat, sakit kepala kerat, sakit lutut kerat, sakit hidung kerat bukan macam tu penyelesaianya.
Doctor pakar juga melemparkan perkataan primitif kepada golongan yg hadir dalam seminar itu, doctor pakar ini telah buat kajian atau tidak siapa yg hadir pada majlis seminar tersebut. dari golongan profesional, ulamak dan kepada org yg kurang terpelajar,tapi mereka menyokong Pas kerana dasarnya yg mahukan islam lebih dari segala-galanya, Doctor pakar tidak mengetahui betapa mereka ini amat menyayangi Pemimpin mereka, mereka tidak mempunyai apa-apa harta, tidak mempunyai rumah batu tersegam indah, hanya hati mereka yg amat sayang kepada pemimpin islam, di sini doctor silap melebalkan mereka ini primitif, tanpa mereka ini Pas tidak akan dapat bertahan lama dalam arena politik yg memerlukan semangat daya juang yg tinggi, disembur gas, di terajang, dihina di pulau oleh pemerintah dinafikan hak sebagai warganegara malaysia, dianggap warga negara kelas ketiga. Apakah doctor pakar faham erti perjuangan mereka ini, mereka tidak berperlajaran tinggi seperti doctor tetapi jika pemimpin mereka dihina dan dikritik dengan keras mereka ini akan bangkit menentang, doctor mungkin tak biasa dengan keadaan ini, tapi ini hakikat bahawa ini mereka perjuang islam yg sejati.
Tapi manusia primitif ini Pas dah lama bungkus, mampus, kiok dan jadi bahan bahan sejarah di dalam muzium, hanya tinggal sejarah, mereka inilah perjuang Pas sejati, berjuang seikhlasnya, mungkin cara mereka kasar melayan doctor pakar tapi inilah cara mereka, tak akan kerbau boleh hidup dalam persekitaran babi, begitu juga babi tidak dapat hidup dalam alam kerbau. Mereka ada silap jua maaf dipohon kepada doctor kita bukan marah pada doctor yg merawat tapi doctor pun ada salahnya. tak akan semuanya nak di kerat tanpa ada ikhtiar lain.
Presiden Pas nampak begitu lemah bukan kerana dia lemah tetapi keadaan sekarang dan dulu berlainan, pendokong, penyokong dan pemimpin pas sekarang telah menjadi berbilang bangsa, dulu dalam pas hanya ada tok lebai, tok khatib, tok imam kampung yg berkopiah, yg bersara dari pekerjaan baru aje join pas, suasana dah berubah terlampau banyak, dulu Pas hanya bercakap atas dasar ruang litup melayu islam sekarang pas telah memlampaui batasan agama, bercakap dan bertindak tidak semudah dulu, cakap perlu berhati-hati, kalau tersalah cakap ada pihak yg terasa. kedua dua belah mesti dijaga hati, Ramai ahli-ahli muda pas bercakap dengan penuh semangat berapi terpaksa pemimpin tua menasihati, Bila organisasi Pas menjadi terlalu besar, ada yg akan terlepas pandang, dan disinilah kritikan bermula, org lama pas terasa dipinggirkan, yg tampal poster diabaikan, disinilah kesusah memimpin akan timbul, Bukan semua org setuju dengan kita cuma yg ada jalan tengah tapi jika ada diantara kita hanya berfikir kita saja yg betul, susah le jemaah ni. Pas bukan berpolitik, pas memberi tarbiyah, mengheret manusia dari kegelapan ke suasana terang yg menyilaukan mata. Semoga ALLAH melindungi PAS dari sabotaj dari dalam, pemimpin bersikap seperti talam dua muka, depan baik tapi rencong didalam perlu dihapuskan dari Pas.

Ulasan