Semakin hampir Puak UG diNyahkan dari PAS

Malam ni akan menentukan bahawa puak UG akan dinyahkan dari PAS, Pas akan cemerlang dan akan kembali mendapat sokongan rakyat, PRU13 nanti Pas akan lebih dominan keatas parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Pas akan lebih mempunyai kuasa jual dan beli, dan penentuan kuasa dalam Pakatan Rakyat. Puak UG akan terus dipinggirkan dan akan dihalau dari hiraiki tertinggi Parti PAS. Pas sepatutnya telah lama mengambil jalan ini, dengan memancung 3 atau 4 kerat pemimpin yg sangat bermasalah, parti islam semalaysia akan mendapat tempat dihati rakyat.
Pas akan cemerlang dibawah pimpinan baru, jangan geng dari terengganu, geng terengganu hanya mengeksport kekalahan dari terengganu ke pusat. Parti Pas tidak perlu pemimpin dari Terengganu, Pas hanya memerlukan pemimpin dari negeri lain yg amat bijak merencanakan strategi perang dalam PRu atau PRK. Pemimpin PAS Terengganu telah ketinggalan zaman, tidak pandai menrencanakan strategi, strategi lapuk digunakan, semasa PRK Bagan Pinang jentera Pas dari negeri Terengganu yg menyebabkan kekalahan teruk Pas di Bagan Pinang kerana isu loghat, Loghat Terengganu sukar difahami oleh rakyat negeri adat perpatih, kalau jentera parti dari negeri kedah ke penang ke johor ke selangor atau kelantan rakyat mudah memahaminya.
Semasa PRk di Manek Urai pun berlaku lagi masalah loghat terengganu, pas hampir mampus di Manek Urai kerana pemimpin pas terengganu yg turun berkempen tidak dapat memberikan kempen yg jelas kepada pengundi, natijahnya pas hampir mampus. hanya tinggal 65 undi je. Kalau pemimpin pas terengganu dah disingkir waktu itu Pas Kelantan mesti dan wajib memenangi PRk Manek Urai dengan majoriti 2000 lebih seperti kata pengarah pilihanraya negeri kelantan.
Kalau ada lagi PRk lagi selepas ini,pemimpin pas atau penyokong pas dari terengganu tidak perlu lagi turun berkempen, kerana loghat mereka akan menyebabkan parti Pas akan kalah dengan teruk, Ada faham penyokong pas dan pemimpin PAS Terengganu. Apalah yg susah sangat pAs terengganu nak faham. Menang sepenggal kalah berpenggal penggal.

Ulasan