Pilihanraya Ke 9 Di Negeri Sembilan

Baru saja UBN menarik nafas lega kerana berlindung dibalik bayang SPR, SPR seperti patung wayang kulit yg dimainkan oleh Tok dalang bernama UBN, maka bertitah le SPR bahawa pilihanraya kecil tidak dapat diadakan di Kota Seputih kerana kawasan itu milik umno, jikalau pihak SPR memutuskan untuk mengadakan Pilihanraya nercaya kawasan DUN akan berpindah tangan kerana majoriti amat le kecil, silap silap percaturan oleh Muhyi bermakna kerajaan PR di Kedah akan bertambah kuat. Pengerusi SPR yg diketuai oleh Bekas su KDN yg amat perkasa melutut dikaki UBN mengikut apa saja yg dimahukan oleh Tok Dalang UBN. Jika ADUN UBN tidak hadir sepanjang hayat dewan undangan negeri pun tidak akan diadakan Pilihanraya kerana jika di adakan belum tentu Ubn akan menang,
Selepas 3 4 hari bernafas kerana keputusan SPR yg begitu telus, Umno terpaksa juga bertarung di medan pilihanraya di negeri Adat Perpatih, Dengan kedudukan Umno yg begitu goyang ibarat retak menanti runtuh menyembah bumi, pihak umno terpaksa menelan kepahitan sekali lagi, Pihak Umno akan bukan bermati-matian tetapi terpaksa menggunakan segala tipu muslihat musang berjanggut atau juga tipu muslihat abu nawas untuk memenangi pilihanraya kecil ini. Dengan majoriti 2333 belum tentu umno boleh tidur lena dengan segala kemungkinan akan berlaku. di Kuala terengganu umno kecundang dengan hina.
Diberitakan UMNO di Bagan Pinang amat le tegar, susah nak dikikis karat birunya. tetapi kuasa Allah siapa yg tahu mana tau akan berlaku kejutan yg amat besar menyebabkan jid din akan terduduk mencangkung mencatur strategi yg amat genting, adakah masa akan menentukan umno akan tumbang seperti parti LDP di Jepun yg tumbang terduduk dengan kehendak rakyat, dalam masa 54 tahun ldp tumbang bagai kayu reput. Umno kalau kalah di Bagan Pinang boleh berkira-kira untuk menjadi pembangkang pada PRU 13 akan datang. PAS perlu mengemukakan Calon seperti Dato Seri Nizar yg amat disenangi oleh semua kaum. Takbirrrrrr

Ulasan