Keputusan Yg Mengejutkan di Perak

Hakim Mahkamah Tinggi telah mengeluarkan perintah menolak permohonan saman dari speaker yg sah kepada speaker Pakai tangkap muat. Ketika menolak permohonan itu dengan kos hari ini, Hakim Datuk Azahar Mohamed memutuskan mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar, justeru tidak boleh campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli DUN.Jika berbuat demikian katanya, ia akan melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam DUN di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah.“Ini adalah perkara dalaman dan apa sahaja perkara yang timbul perlu dibincang dan diselesaikan dalam DUN, bukan dalam mahkamah,” katanya
Lawak lawak le hakim sekarang, ini baru dinamakan hakim yg amat memahami perlembagaan negeri Perak, kalau ada lagi hakim barua ni, mungkin dunia malaysia makin aman tenteram, sejak bilannya mahkamah tidak campur tangan dalam DUN. Mahkamah telah menjadi arena lawak dengan adanya hakim-hakim barua seperti Datuk Azhar, Bila sahaja rakyat atau bukan umno yg memohon, hakim akan mengatakan bahawa mahkamah tidak ada kuasa dalam menentukan penjalanan sidang DUN, kalau umno yg memohon hakim-hakim yg bijaksana akan mengatakan boleh kerana ada dalam perlembagaan,
Pentafsiran perlembagaan telah sampai menjadi satu lawak jenaka oleh hakim-hakim di mahkamah di Perak. " Benar le kata Datuk Nikah kawen dalam cerita Musang Berjanggut," Salahkah seseorang itu memasuki rumah seseorang jikalau suaminya tiada dirumah, ooooo itu salah tu salah besar, tapi kenapa kanda masuk rumah dinda diwaktu suami dinda tiada dirumah, tak mengapa ini undang-undang kanda yg bikin, boleh dibikin ikut kata kanda"
Oleh sebab itu le benar kata Rasulluah S.a.w bahawa diakhir zaman dari 3 hakim hanya satu ke syurga 2 lagi akan ke neraka. Ya Allah Laknatlah Hakim-hakim yg menghukum bukan dengan keadilan tapi hanya mengikut nafsu pemimpin rakus.

Ulasan