Redakan Ketegangan Bukan Mengeruhkan Kejernihan

Blog-blog penyokong PR atau Blog-blog ahli-ahli PAS yg tidak setuju dengan UG telah menyumpah dan menyeranah Pemimpin PAS terutama Presiden, Timb.Presiden dan SU PAS, nafsu amarah tidak terbendung, dengan menyumpah dan menyeranah pemimpin akan menyelesaikan masalah atau ada sesuatu dibelakang mereka. Hari ni TGNA tok guru kita yg kita sayangi telah berlembut dan menyatakan Istiqomah dalam perjuangan, TGNA boleh menerima Kerajaan Perpaduan tapi dengan bersyarat, TGNA adalah org yg paling istiqomah dalam PAS begitu juga Presiden PAS Tok Guru Haji Hadi adalah org yg beristiqomah dalam dalam perjuangan. Mereka saling menyayangi antara satu sama lain. Tegur menegur antara mereka menjadi PAS benteng terakhir dalam mempertahankan islam di Malaysia.
Adakah kenyataan lembut TGNA akan berakhir sumpah seranah dan makian dari pihak bloger yg dikatakan amat sayang kepada PAS, banner-banner yg telah diupload akan diturunkan atau diteruskan jua, jikalau banner ini tidak diturunkan mulai esok ini bermakna, blogger yg menyokong Pakatan Rakyat adalah penipu kepada pembaca laman sesawang mereka, Mereka ini adalah Abdullah Ubai generasi baru. Mereka telah memanaskan suhu iklim politik dalam PAS, adakah mereka ini akan memohon maaf atau berlembut seperti mana dilakukan oleh TGNA. TGNA telah menyejukan suhu panas yg berjerebu dengan kenyataan pada hari ni. Adakah blogger-blogger yg menyokong TGNA akan berbuat seperti TGNA membuat kenyataan? atau blogger akan terus memaparkan berita pemanasan. Melakukan fitnah kepada pemimpin PAS, ISTIQOMAH KAH MEREKA, atau hanya nafsu melingkungi mereka.
Kenyataan dari blog-blog penyokong PR telah memberikan nafas yg segar sebenarnya kepada pemimpin BN/UMNO, talian hayat tidak diberikan oleh TGHH tapi diberikan oleh blogger yg mengaku penyokong PR, betul ke penyokong atau pendajal no wahid. Lontaran idea Presiden tidak boleh dipakai kerana tidak memberikan keuntungan kepada mereka. Mereka ini perlu berbuat sesuatu supaya laman sesawang mereka menjadi sumber maklumat dan beroleh keuntungan yg dihulurkan, mereka akan terus menafikan mereka bukan dalang atau menerima imbuhan dengan tulisan mereka, mereka hanya mahu menyedarkan pemimpin, tindakan mereka bukan menyedarkan pemimpin tapi membawa PAS ke lubang neraka.
Masa PAS bersatu dengan Semangat 46 dulu berapa ramai pemimpin PAS telah menyerang sesama sendiri kerana tidak bersetuju dengan bergabung dengan S46, TGNA telah dilanggar waktu itu, ramai penyokong dan pemimpin PAS tidak bersetuju dengan idea bergabung dengan Parti S46. akhirnya keluarlah parti baru di celah jari kaki PAS diberikan nama Parti Islah, Pemimpin Islah adalah pemimpin PAS yg keluar dari PArti PAS kerana tidak bersetuju dengan Pemimpin PAS yg mahu bergabung dengan S46 untuk menghadapi PRU, TGNA juga ditentang waktu ini kerana bersetuju bergabung dengan s46, Parti islah telah meletakkan beberapa calon dalam PRU menentang PAS.
Pada waktu itu blog-blog tidak wujud lagi cuma ada beberapa laman sesawang seperti mahazalim mahafiraun, black14, tranungkite pun masih bertatih, mungkin waktu itu impak yg dilakukan oleh laman sesawang belum seteruk sekarang, mungkin kalau blog ini telah wujud, parti islah telah berjaya mengalahkan PAS. Para munafikin menjalankan jarum nya dengan jayanya. Dengan ledakan IT waktu ini, impak yg diterima oleh PAS lebih besar kesannya daripada kerosakan masa lampau, pengaruh blog amat tinggi dan sampai satu tahap jangan sampai org sudah tidak memperdulikan lagi blog. Berita fitnah menjadi santapan harian, bukan lagi satu berita yg sahih dan benar. Penulis blog hanya mengejar hits bukannya kebenaran. pemimpin yg tidak selari dengan pemikiran mereka akan dilanyak, dimaki dan dicerca. "Maka celakalah org yg menghidupkan fitnah"

Ulasan