Marilah kita bermunajat kepada ALLAH

Semasa meraikan kemenangan DS Nizar, kita lupa untuk bermunajat kepada ALLAH. Mujurlah ada Tok Guru yg menyedarkan kita dari lamunan. Tak sampai 24 jam nikmat kemenangan telah ditarik balik dari kita. Kita masih lagi alpa dan lupa kepada pencipta kita. Terlalai dengan kemanisan kemenangan DS Nizar yg disahkan masih lagi MB Perak yg sah. Diayun buai dengan kemenangan. Kebanyakan menyambut di kedai kedai menjamu selera seolah olah telah memenangi sesuatu yg terlampau besar. Kita Lupa lagi pada ALLAH. Tidak sujud syukur, tiada takbir membesarkan allah, Dimana mana kita meraikan kemenangan dengan cara dimurkai oleh ALLAH.
Bermula dari hari ini, marilah sama sama kita tidak lagi bergantung harap kepada manusia selain dari ALLAH Taala. Apabila kita bergantung nasib kepada manusia, kita akan makin jauh dari ALLAH, makin sesat. Marilah saudara ku sesama islam sembahyang hajat, qunut nazilah jgn dilupakan, berdoa adalah senjata mukmin yg paling ampuh. Dimana zaman pun berdoa adalah senjata yg paling ampuh dan valid sepanjang zaman. Walau secanggih mana senjata atau strategi di rancang dapat di halang dengan doa. Berdoalah kita sesungguh doa adalah senjata org mukmin.
Semoga allah mengampuni dosa-dosa kita. Melupai kepada maha pencipta. Nikmat kemenangan diberi adalah satu ujian yg tidak dapat difahami oleh manusia. Kita hanya berkata ujian adalah dalam bentuk kesusahan bukannya kemenangan. Kita masih kalah lagi dengan ujian kemenangan. Kalau kita diberi kemenangan besar mcmana le gamaknya kita, makan tak henti henti, minum bergelen gelen air, bergebang di kedai kopi dari pagi hingga ke malam. Bercerita dengan penuh rasa bangga. Seolah strategi yg dirancang oleh kita begitu ampuh sehingga musuh kalah. Sesiapa yg merancang menggunakan akal semata mata tanpa bermunajat kepada ALLAH sesungguhnya perancangan ALLAH adalah sebaik-baik perancangan.
Nikmat kemenangan mungkin ALLAH tidak beri sehingga semua orang yg bernama org mukmin sedar bahawa kemenangan adalah satu ujian yg amat besar dari ujian kekalahan. Ujian memperolehi kuasa lebih besar fitnahnya dari ujian kekalahan. Semoga allah memberi taufik dan hidayah kepada kita semua, jangan terpesong dari landasan islam.

Ulasan