Blogger yg maksum

Semakin hari makin ramai blogger yg maksum, menegur ulamak mengikut fikiran mereka yg begitu penuh ilmu dunia dan akhirat. Tiada ulamak yg selamat dari pemikiran mereka sekarang. Ulamak yg tidak sealiran dengan pemikiran blogger akan dihentam siang dan malam. Seolah-olah ulamak ini adalah barangan dagangan, yg boleh dibeli, dijual dan dihina hina seolah-olah mereka tiada harga langsung. Ulamak yg mana sealiran dengan pemikiran blogger akan disanjung oleh mereka, mengangkat martabat dengan tulisan yg melambung lambung. Dipuji dan dipuja siang dan malam. Ulamak tidak lagi dihormati oleh para-para blogger yg mana keilmuannya blogger begitu tinggi mengatasi ilmu sesiapa sahaja dialam maya ini.
Benarnyalah kata nabi muhammad S.A.W bahawa akhir zaman ulamak-ulamak akan dihina dikeji oleh manusia jahil. Betapa celakanya manusia yg menghina ulamak-ulamak, membuat teguran berdasarkan akal pemikiran mereka. Kalau mereka ini mempunyai akal fikiran yg sangat tinggi buatlah satu parti berdasarkan pemikiran mereka, Jangan hanya pandai menulis di arena blog sahaja. Berdepan dengan rakyat secara realiti bukan berselindung disebalik nama pena. Tubuhlah parti baru, mendaftar Parti Blogger ke namanya secara sah. Himpunkan semua blogger yg begitu pintar mengatur strategi untuk melumpuhkan UBN, atau melumpuhkan semua media massa milik UBN, termasuk polis ke, mahkamah, hakim dan sebagainya milik UBN kalau sekadar pandai menulis mengkritik menuduh semua orang tidak betul. Turun ke padang perjuangan, disitu kita akan dapat melihat menilai keutuhan Parti yg baru. Bertanding di dalam pilihanraya kecil atau PRU yg ke 13. Gunakan strategi atau apa saja yg mereka fikirkan selama ini. Dapat atau tidak melumpuhkan jentera parti UBN,
Berfikir di depan Komputer dan menaip apa saja yg terlintas difikiran tidak dapat mengubah apa-apa dalam alam realiti. Pada masa ini pratikal atau tidak strategi yg telah dilontarkan. Atau hanya pandai memalu gendang perang tapi tidak mahu turun ke medan perang. Apakah blogger sanggup diteranjang, disembur gas pemedih mata, ditangkap dihina dimaki, ditembak seperti pejuang diterengganu, nyaris mati kerana hadir dalam membantah tidak keadilan. Sanggup turun naik mahkamah yg memakan masa bertahun-tahun untuk diselesaikan. Tinggalkan segalanya jika didapati bersalah. Memang tidak dinafikan ramai yg blogger yg turun tapi mana dia blogger yg bercakap bedengar-dengar dalam blog masing masing, Selepas dipanggil polis atau dikehendaki polis tulisan para blogger dah menurun, mendatar tidak lagi berani menghentam UBN dengan keras seperti sebelumnya. Tulisan pun banyak berubah dulu penuh dengan idea yg berapi-rapi seolah-olah mereka pakar strategi dalam merencanakan apa jua yg org lain tidak terfikir seperti mereka.Dah kurang semangat dan kembali mereka menjadi bapuk yg telah tua yg tidak ada nilainya lagi,
Mengapa mereka semua ini, sepatutnya mereka lebih kuat dari sebelum mereka dipanggil atau ditangkap polis. Selepas dipanggil polis, jiwa mereka kendur macam roti jala buruk, berlubang-lubang dimana-mana. Adakah kekuatan semangat mereka seutuh ulamak-ulamak yg mereka kutuk siang dan malam. Cuma ulamak-ulamak ini tidak menggunakan alam blog untuk menjawab tuduhan dan tohmahan yg dilemparkan kepada mereka. Ulamak-ulamak sejati tidak pernah lari dari perjuangan yg mereka pertahankan selama ini. Cuma ada pasang surut dalam perjuangan. Ulamak-ulamak tidak minta disanjung, dipuja oleh manusia mereka hanya ada allah tempat bergantung, Ulamak-ulamak adalah pewaris nabi.
Manusia seperti ulamak-ulamak bertindak mengikut gerak hati, firasat dan munajat kepada allah dalam semua tindakan yg akan dilakukan oleh mereka. Mereka sedar apa jua tindakan mereka akan ada yg tidak akan bersetuju dengan mereka. Biarlah mereka dengan dunia mereka, ulamak-ulamak hanya mengharapkan keampunan dan keredhaan allah bukannya dari manusia. Walaupun ada kesilapan dan kelemahan dari tindakan mereka janganlah kita menilai dari segi lemah nya ulamak. Mereka hanya manusa biasa tidak akan lari dari kesilapan dan kelemahan.
(MAKA CELAKALAH MANUSIA YG MENGHINA ULAMAK-ULAMAK)

Ulasan

  1. Benar,
    saya amat sedih kerna terdapat mereka yang kononnya ahli Jamaah Islam Pas... tapi sangat keterlaluan menghina dan mengeluarkan kata nista kepada PIMPINAN... Seolah-olah pimpinan baru hari ini menyertai PAS..

    Kesal... dimana adab & akhlak yang diajari Rasulullah...??

    BalasPadam

Catat Ulasan