Pencabulan Demokrasi dan perlembagaan

Mahkamah telah memutuskan MB dan exco haram Perak boleh menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri. Power mahkamah persekutuan. Pengasingan kuasa dilanggar mcm melangar kambing ditengah jalanraya. Pelanggaran perlembangaan Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan tidak memberi apa apa makna lagi pada kekebalan dewan undangan negeri. seperti yg telah diramalkan dan diketahui oleh semua pihak bahawa mahkamah akan menyebelahi pihak UBN. Hakim telah menunjukan satu keputusan yg benar-benar mencampuri urusan dalam dewan undangan negeri. Hakim pun berada dibawah telunjuk Pemerintah. Dimana pengasingan yg ditentukan oleh pelrlembagaan Negara. Hakim pun boleh dibeli dengan mudah. Dengan pencabulan ini bermakna Gobind Deo yg digantung selama setahun boleh lah mendapat perintah mahkamah untuk membatalkan perintah yg dikenakan keatas beliau. Kes ini boleh dijadikan rujukan. Speaker dewan rakyat juga tidak berkuasa dalam menggantung kes gobind diharapkan hakim mahkamah persekutuan juga mengambil keputusan sedemikian. Harapan semoga tidak ada kes double standard dalam menentukan keputusan kes gobind singh deo.
Hari ini pihak SPR pula mengeluarkan kenyataan akan menentukan sah atau tidak perletakkan jawatan ADUN Penanti. Pihak spr telah mengambil kuasa yg diberikan kepada speaker. Lepas pada hari ini pihak speaker tidak perlu lagi memaklumkan kekosongan kepada SPR biar SPr sahaja yg menentukan samada kerusi kosong atau tidak. Dibawah pengerusi baru SPR semakin cacamerba SPR, pihak spr semakin melampau batas yg dihadkan kepada mereka. Tidak pernah dalam sejarah pilihanraya yg lalu pihak spr mempunyai kuasa dalam menentukan samada kerusi itu kosong atau tidak. Makin lama makin celaru SPR.

Ulasan