terkini dari terengganu ... terpanas darul iman

en razif sudah pasti diturunkan dari takhta, esok rabu tiada mesyuarat EXCO, kerajaan negeri tergantung ternoneng. en razif sudah pasrah, dari ceria bertukar mood muram, seluruh kroni berduka cita kerana akan kehilangan telaga emas. paling memalukan bila seluruh darjah kebesaran ditarik balik, wajah sugul en razif sudah kelihatan  seminggu yang lalu,  22 april hari malang buat mb terengganu. jawatan mb terengganu kekal sebagai jawatan SUMPAHAN. sumpahan tidak kekal lama dan panas kepada sesiapa yang menaiki takhta kerajaan negeri terengganu. tok jib yang berhadapan dengan pelbagai isu memalukan dan isu mb terengganu menambah koleksi isu isu memualkan dalam umnuuu.. umno terengganu yang terdiri dari  3 4 kroni yang bersiap sedia mengambil alih pusat pentadbiran tingkat 16. semua kroni sedang menunggu jawapan pasti. siapa yang terpilih mengisi jawatan mb pasti akan mengenyangkan kroni dan seluruhnya.

mimpi mimpi ngeri mb terengganu bermula sebulan yang lalu, desakan dari bekas mb yang gedebe supaya turun tidak diendahkan, dijadikan satu khabar angin akhirnya angin ini menjadi taufan dan puting beliung yang meranapkan rumah anai anai. kerana terlampau mengikut telunjuk abg dalam mengurus dan mentadbir negeri terengganu en razif menjadi mb puppet. segala urusan dicatur oleh abg mb menyebabkan keseluruhan exco meluat dan keputusan akan berubah bila campur tangan dari abg mb, mad said meneruskan usaha menekan mb yang tidak pandai berpecak silat kerana menuruti abgnya akhirnya menerima padah pertama oleh bekas mb mad said, kenyataan demi kenyataan mad said banyak menyerang mb yang dikatakan lemah dan dalam kawalan abg dalam membuat keputusan. mad said bijak mengambil peluang menggunakan kedudukannya sebagai adun kijal membuat usul undi tidak percaya, yang mana speaker terpaksa menggunakan idea bodoh menolak usul dari bekas mb. 

tindakan mad said mengusik dalam dewan dibalas oleh mb dengan menarik segala peruntukan dun kijal dan diurus dan dikawal selia dibawah bangunan SUK terengganu. tindakan ini menyebabkan jkkk kijal dan kemaman bertindak balas mengeluarkan kenyataan menghentam mb. segala tindakan mb ke atas dun kijal dan parlimen kemaman menambah marak api permusuhan mereka. tindakan ini bagai mencurah minyak ke dalam api permusuhan, parlimen kemaman dan dun kijal membuat bantahan dan aduan kepada pihak atasan, masalah kewangan menyelubungi kerajaan negeri yang mana terpaksa memintak sedekah dari kerajaan pusat. tindakan bangang umno dari dungun dulu yang mengusulkan wang royalti dijadikan wang ehsan, setiap kali wang royalti dituntut kerajaan pusat memberikan kenyataan wang ehsan tidak perlu dibayar mengikut masa ditetapkan dan atas pusat nak bagi atau tidak. kewangan kerajaan negeri terengganu yang hampir muflis menambah sengketa permusuhan umno. tungguuuuuuuuuu ada lagi sambungan

Ulasan