TERKINI DARI TERENGGANU .. MB UMNO HAMPIR PASTI DISINGKIRKAN

krisis mb terengganu sampai ke kemuncak malam ini, suasana suhu politik yang panas dan cuaca elnino yang kering semakin memanaskan lagi suasana politik. kroni sedang berkampung di setiap daerah pelusuk negeri terengganu, kroni mana akan menang kali ini, kroni razif bakal diturunkan sebagaimana kroni mad said dihapuskan. dulu kroni deris natang dihapuskira selepas mad said mengambil alih tampuk pemerintahan wisma darul iman, tingkat 16 dipenuhi oleh manusia yang memakai pasport besut. besut bermaharajalela di tingkat 16, akhirnya maharaja deris natang digulingkan, seluruh besut terkejut dengan pengulingan tersebut akhirnya membawa sepanduk ke istana dan berarak bersama rosol yang tiada wahyu. semua tunduk hormat kepada deris natang namun istana menolak deris dari menjadi mb terengganu, jika deris natang terus menjadi mb terengganu kroni besut pasti bermaharajalela ditingkat 16 dan seluruh negeri terengganu. begitulah hebatnya dynasty besut bermaharajalela di wisma darul iman,
selamat tinggal JIb jagalah diri baik baik
akhirnya maharaja deris tunduk kerana tidak diperkenankan oleh istana., deris membawa balik watikah dan disambut oleh kroni besut namun istana menolak mahu tak mahu umno mencari seekor adun yang berani menentang deris natang, naiklah mad said dengan gahnya, mad said menerima perlantikan menjadi mb dengan tiada sokongan adun umno terengganu, semua melawan mad said, exco exco menjadi duri dalam daging dalam pentadbiran mad said, mad said memimpin wisma darul iman dan kroni kemaman bermaharajalela dalam wisma darul iman, kroni besut disepak keluar dengan hina, projek taman wahyu akhirnya sepi kerana disekat dan dihantar ke kenyir dan kemaman, ratusan juta hanyut dalam kenyir dan pembinaan kijal baru. kroni mad said bermaharajalela ditingkat 16, membalun semua projek, sampaikan projek menternak kupu kupu dan projek pulau bebas cukai yang tidak masuk akal dikenyir, akhirnya sepi setelah kroni kuala nerus menaiki takhta. mad said disepak waktu menyambut menantu. mad said dimalukan. mad said berdendam...

akhirnya raziif naik ke wisma darul iman, walaupun mad said tidak meletakkan jawatan, gah dilantik dan nampak serasi dengan pihak istana, menerajui terengganu dengan perwatakkan cikgu akhirnya membawa perangai guru besar melawat cikgu cikgu. dikawal selia oleh abg dalam pentadbiran, adik beradik bermaharajalela dalam wisma darul iman, pertukaran tcs dicatur dan diatur oleh mereka, abg menguasai pentadbiran yang mana banyak mengarah dari mendekati rakyat dan pegawai kerajaan. mereka merasakan tcs hanya budak suruhan menyebabkan ramai tcs memberontak akhirnya disepak, kemuncak kehebatan adalah menyekat peruntukan dalam dun mad said, mengamuk sakan mad said dengan jkkkkkkk pun mengamuk bila razif menggunakan kuasa veto menyekat peruntukan menampakkan kuku besi., senarai nama calon pru yang akan datang sudah disiapkan. namun kehangatan hingga ke petang namun, MB razif terjejak wayar panas dan terus terbakar, seluruh kroni tengah terbakar dan hanya rentung menanti mereka.......

Ulasan

Catat Ulasan