penaja bola yang bangang

nampkanya publisiti murahan cuba dimainkan oleh penaja penaja dimalaysia, hanya jersi dan stadium dicat warna pink menjadi keutamaan tapi benda yang remeh temeh. inilah jadinya bila penaja menunjukkan kuasa wang lebih besar dari segalanya. pasukan yang miskin papa kedana menjadi mangsa keadaan bodoh ditambah dengan kenyataan demi kenyataan lembu yang disiarkan oleh media massa. pasukan bola memerlukan kehebatan strategi dan teknikal pemain barulah ada kesan penajaan bukannaya jersi dan juga stadium yang dicat baru. apakah muslihat sebenar penajaan yang hendak dilakukan sebagai melariskan produk atau benar benar mahukan perubahan kepada langskap permainan bola dimalaysia yang mana setaraf dengan pemainan budak baru belajar bermain. dengan gaji menjangkau puluhan ribu rm malaysia sebulan namun permainan disajikan adalah setaraf budak tadika yang baru kenal bola sepak.

akademi akademi bola sepak yang ditubuhkan oleh malaysia sekadar melepaskan batuk ditangga. pemain yang bermain hebat akhirnya layu terkulai bila mula dihantar bermain diluar negara. masalah cinta, masalah kesihatan dan pelbagai masalah bodoh didengar bila permain yang dihantar bermain diluar negara balik ke malaysia. tidak sampai separuh tahun bermain diluar akhirnya kembali bermain dimalaysia. semakin dihantar bermain diluar bukan meningkatkan permainan tapi makin lembap dan makin malas untuk bermain sekadar dapat gaji. akhirnya hilang bakat yang ada. dengan kemelut baru yang dibuat oleh penaja bangang apakah tempo rentak permainan malaysia akan meningkat atau akan terus merundum. dengan penaja yang hanya mahu persatuan negeri yang miskin mengikut kata mereka. bola sepak akan menjadi IKON KEBODOHAN YANG SEMAKIN MENEBAL, sudahlah berpuluh tahun fam gagal memainkan peranannya menaikkan permainan malaysia ditambah dengan kebebalan penaja pasti malaysia akan lebih cemerlang mendaki tanga ke bawah.

persatuan negeri yang dibarisi oleh kepimpinan yang menibai duit dan ditambah kekangan politik dalaman yang sentiasa parah dan ditambah lagi dengan kebodohan masa lalu pasti persatuan negeri akan mewah dengan duit tapi permainan akan semakin teruk. wajah wajah lama masih menghiasi kepimpinan bolasepak tempatan yang mana sudah diakui diperingkat DUNIA BAHAWA muka muka lama adalah kepimpinan yang gagal dan tidak mahu menyerahkan kepimpinan demi kehebatan bola sepak malaysia selagi boleh bergayut bergayut sampai mati, permainan pergi mampuslah sama.

Ulasan