KAJI SEMULA KERJASAMA DENGAN PKR

nampaknya pkr meraikan sangat amanah yang tiada sumbangan apa apa dalam politik malaysia selain menjadi perompak dan penyamun.  amanah dan umno tiada beza, sama sama memperjuangkan sekular dan menolak hudud. dap pkr umno amanah sama sama menolak hudud, mad awang sendiri penghafal kitab kelabu asap pun menolak hukum hudud, siang malam mengajar agama tapi menolak hukum islam. sami budha tak menolak hukum mereka inikan islam yang menolak hukum sendiri, mat sabu tak payah nak berlakon kononnya bermusuh dengan umno. mat sabu sudah berjumpa dengan umno untuk membawa amanah masuk umno tapi tak dilayan kerana ahli hanya tak sampai seribu orang itu pun hasil tipu dan auta. penipuan amanah semakin kuat dengan mengedarkan borang kepada ahli ahli pas dan menipu ahli pas.

musuh utama amanah hanyalah pas kerana amanah tahu mereka tak mendapat sokongan sesiapa pun sekarang selain dap yang semakin memingirkan diri dan selepas pru ke 14 pasti amanah hanya akan ada nama saja sebagaimana biasa, mat sabu akan menjadi melukut dan salahudin akan join pkr dalam masa terdekat sekiranya amanah gagal memenangi sebarang kerusi. mat sabu sendiri sudah pasti akan kalah dimana pun dia bertanding. dap tak akan beri laluan kepada mat sabu bertanding diatas tiket amanah dikerusi dap. pkr sudah banyak kali mengkhianti pas dalam usaha menyakinkan dap dan amanah mereka adalah satu pakatan harapan. sepatutnya amanah masuk dap bukannya menubuhkan party baru sebagaimana sekarang, mad awang boleh menjadi penasihat guang end dan akan dibayar gaji bila selesai baca doa majlis dap.

kerjasama pkr sudah sampai kepenghujungnya. pkr hendaklah hidup atas diri sendiri, ada gerak kerja sendiri dan tidak bergantung kepada orang lain. bukan setakat bercakap besar sebagaimana biasa. pkr perlu sedar diri yang mereka tak ada apa apa kekuatan selain hanyalah diberi peluang. peluang itu datang dan perlu digunakan dan bukannya menibai duit rakyat dan menyerahkan 8 kerusi pbt kepada party amanah yang tidak amanah. bagaimana sebuah party yang tidak bertanding pilihanraya dapat kerusi pbt. mengapa pkr tidak serahkan kerusi pbt kepada psm ia lebih baik dari amanah yang hanya tahu merompak dan penyamun sebagaimana mat sabu ucap mereka hanyalah balaci dap dan barua pkr. yang lain mat sabu tidak tahu termasuk mujahit yang menjadi clown dap. menerima gaji dari dap dan menjadi jurucakap dari dap. apa dia nak jawab depan allah nanti walaupun dia lepas jawab depan pengundi dia.

Ulasan