pasma ke geng 18 yang pasti kita hadap macam kita hadap umno

pasma akan ditubuhkan selepas aidilfitri, geng 18 belum memberikan nama baru pada party baru, dua party baru ini akan menjadi ahli pakatan rakyat yang baru, dengan berbekalkan ahli pas yang separas kuku kambing, dap dan pkr boleh gunakan dua party baru ini dengan sewenangnya kerana tiada kekuatan. dengan ahli tak mencapai 1000 orang tapi boleh berbangga dengan penubuhan party baru. sekadar berbekalkan semangat yang dikatakan third force atau pengundi atas pagar, kedua party dijangka merebut kawasan pas yang akan bertanding menentang umno.

sejauh mana pun penubuhan party baru ini jika bertentangan dengan pas, penyokong dan ahli pas akan bersama sama menghadap dua party sebagai musuh dan bukan sebagai kawan yang boleh dipakai. kedua dua party ini lebih kurang dengan umno dan dap dan pkr yang akan menolak hudud yang akan dilaksanakan di malaysia. mana mana party tidak akan sama dengan pas kerana kesemua akan menolak hudud. perjuangan mereka tetap berbeza walaupun apa nama sekalipun digunakan. kalau mat sabu memimpin party baru ke party apa apa pun jika ia sudah bukan ahli pas bermakna mat sabu akan  menerima layanan yang sama sebagaimana musuh pas musuh islam.

mungkin ini lebih memudahkan untuk menghadapi mereka diluar daripada didalam. mereka sudah keluar dari jemaah islam pas bermakna apa saja tindakan mereka akan bertentangan dengan pas. siapa pun mereka samada sangat popular atau sangay berbakat memimpin, ahli pas akan menghadapi mereka dimana mereka bertanding.

Ulasan