pas didirikan oleh orang kampung bukan kumpulan professional

sewaktu pas ditubuhkan 61 tahun yang lalu, pas hanya dianggotai oleh lebai, orang kelaut, petani, pekerja sendiri dan orang orang bebas dari cengkaman kerajaan umno, menerima diskriminasi teruk dari umno, apa saja orang pas berhak menerima dinafikan hak hatta wang zakat, pas hidup dengan cara paling dhaif, selain menerima cemuhan orang umno dan golongan pengampu umno, pas terus hidup dan berkembang dengan cara dia sendiri. pas tak mampus sebagaimana party party tupperware yang lain. party hamim berjasa islah sendiri mampus ditengah perjalanan atau permulaan. kerana tiada sokongan dari jentera yang hidup hanya mencari sesuap nasi dan sekeping lauk. berbekalkan semangat ini pas terus subur. pas dipimpin oleh golongan yang berpelajaran tapi disokong oleh golongan yang tidak jauh pelajarannya.hinggalah golongan yang bekerja kerajaan mulai mengenal pas dan cikgu cikgi ustaz ustazah mula masuk kedalam pas,

ustaz ustazah cikgu cikgi menerima pelajaran pertama jika disahkan dan dikenal pasti bahawa mereka ahli atau penyokong tegar pas, sebagai amaran dan pengajaran mereka ditukar kan mengajar ke daerah pendalaman yang mana air paip dan api letriknya tidak mahal seperti sekarang. maka berhijrahlah ustaz dan ustazah cikgu cikgi ini  ke tempat dimana pas tidak dikenali langsung. dimana waktu ini golongan profesional? masih enak lena ditilam empuk atau masih mengampu umno. bila umno menutup pintu pintu kepada golongan profesional, mereka beralih arah, mencari dimana mereka boleh mengeluarkan idea idea mereka, pas terus hidup walaupun dhaif melarat. sekuat mana pun umno akhirnya ia akan menemui titik akhir dalam perjalanannya. itulah putarannnya.

mazlan aliman yang menang dalam muktamar bercakap menyalahkan perwakilan, sepatutnya mazlan pandang dan tilik diri sendiri, mereka berjuang berpuluh tahun tidak pernah kisah ada jawatan atau tidak, apa kah mazlan hendak sangat geng geng dia saja memimpin dalam pas atau sekadar menjadi pak angguk kepada dap, perletakkan jawatan mazlan aliman tepat pada waktunya kerana ia terlalu sibuk dengan ngo yang banyak. mazlan tiada masa untuk pas selain ngo ngonya sendiri. selepas letak jawatan mazlan punya banyak waktu untuk meneruskan kariernya sebagai pemimpin ngo ngo yang menjadi pro dap dan pkr selepas ini walaupun ahli pas. apakah penolakkan jawatan mazlan, profesional dikedah menyebabkan pas tertungging? kehilangan mat sabu, hanipa mydin kolid samad, nizar, mujahid, mariah, mahfuz salahudin hatta dan geng mereka akan menjadi sejarah dan disimpan dalam muzium.

Ulasan