N.01 Pengkalan KUBOR - aku setuju PKR bertanding disitu

tuduhan dan fitnah dari perwakilan pkr dari terengganu dan kelantan perlu dijawab oleh pas negeri masing masing. kalau suruh timbalan presiden pas jawab alamak jadi ayam pusing lah jawabnya. DUN pengkalan kubor bawah parlimen tumpat. pas menang di tumpat tapi pkr kalah di dun pengkalan kubor. fitnah dari bekas calon pkr di pengkalan kubor adalah pas disitu sabotaj mereka. satu tuduhan berat yang perlu dibuktikan oleh pkr bukan sekadar menjadikan medan kongres untuk melepaskan diri. kononnya mereka sanggup berjuang bermati matian hanya menjadi calon bukannya pekerja di bawah terik matahari dan kesejukkan malam. mulai dun pengkalan kubor pkr hendak menyediakan sendiri jentera dari semua segi bukan saja hanya menyediakan macaiumum untuk datang berceramah. siapkan jentera panjat pokok sekali, kalau ada balaci boleh upah apa. diperak ada cikgu pencen yang boleh datang dengan bangga sebagai ahli pkr.

PKR yang kuat diselangor atau dimana saja boleh datang menjadi jentera party bukan datang untuk berlibur dan mengarah orang lain bekerja untuk mereka tanpa upah. kalau nak mengarah bagilah upah pasti ramai pkr yang datang bukan secara percuma. kalau nak penceramah boleh je upah macaiumum datang menjual seloka. apakah pkr tak ada jentera kuat sampaikan terpaksa meminta bantuan dari pas kelantan. pkr kena hebat sebagaimana kata mak lampir pas jangan sibuk nak campur urusan pkr. jadi pkr kenalah hidup sendiri dan buktikan kata kata mak lampir yang pkr amat hebat di kelantan. di terengganu pas sudah dibuli sampai menangis perwakilan terengganu meminta presiden pkr datang untuk berunding. nak berunding apa bendanya. ada calon adakan jentera bukan setakat datang ke pondok kempen dengan bergaya arah macam macaiumum arah mat sabu menerima apa saja keputusannya.

dari kekalahan 100 undi menjadi 1700 undi, yang pasti pkr kena sedar apa yang berlaku bukannya menyalahkan orang lain dengan kekalahan mereka. apa jua kehebatan pkr kena diterjemahkan di peti undi bukan diterjemahkan dalam kongres. kalau ucapan dalam kongres banyak menyentuh lawan dari diri sendiri ini adalah kes mengelakkan diri sendiri di kecam oleh ahli party sendiri. dulu masa pas, perwakilan melaka selalu mengadu mereka yang belum berhasil memberikan kerusi kepada pas tapi tak ada sampai mereka menghentam party kawan kawan yang tidak mahu menolong mereka. kalau terlalu banyak bergantung kepada jentera party lain baik bubarkan aje parti PKR buat PARTY TUPPERWARE LAGI BAIK. AMBIK TUDUNG DUK DIAM DIAM DALAM TUPPERWARE

Ulasan