Celakalah ORANG PENGFITNAH DAN PENYAMBUNGNYA LIDAH FITNAH

GOLONGAN CELAKA TERUS MENERUS MEMAINKAN PERANAN mengfitnah pas dan seluruh jemaah islamnya. yang mana mempercayai fitnah menambah baikkan lagi fitnah. dikeluarkan oleh TMI disambung oleh TULANGBESI yang memang sah dah celaka dan dipanjangkan oleh blogger yang mengaku ahli pas, mempercayai fitnah dari orang luar dari jemaah sendiri. anjing anjing terus menyalak sakan menyaring suasana. nampaknya anjing fitnah terus melagukan lagu fitnahnya. apakah sebab benci kepada islam mereka beralih arah mengfitnah kepada pemimpin pas. mungkin salakan ini adalah salakan terakhir menjelang paku keranda terakhir pkr. balaci dan barua fitnah ini sudah sampai kepenghujung jalan tiada lagi jalan pulang, dan kalau pulang pun hanya kain putih menunggu mereka. tiada lagi jalan pulang kepada si celaka ini.

mungkin krisis ini banyak menampakkan muka muka celaka dalam pas dan menampakkan mana penyokong yang bermuka muka. mana ahli pas yang sudah tiada lagi citarasa islam hanya menunggu habuan dari dunia. berjuang bersama pas tiada apa yang diperolehi selain menghabiskan tenaga wang. akhirnya wajah wajah abdullah ubai semakin menampakkan diri. munafik mula menlingkari diri. " patulah orang ganu kata ORANG KELANTE NI JENIS DOK PAKA GAWA. KASIHAN tok guru nik aziz cuba membentuk jiwa rakyatnya dengan islam tapi blogger negeri dia banyak mencelakakan pas dengan fitnah yang disambung sebaiknya.

Saya merujuk kepada berita yang dipaparkan oleh The Malaysian Insider (TMI) pada hari ini, 26 Ogos 2014 dengan tajuknya  “Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk kerajaan bersama Umno, dakwa AJK Pas Pusat” adalah bukan sahaja tidak benar tetapi juga bertujuan jahat.

Saya yang juga turut hadir semasa YB Mohamed Azmin Ali mengunjungi YB Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini juga ingin menjelaskan bahawa intipati perbincangan adalah berkisar kepada perasaan terima kasih YB Azmin Ali  kepada YB Tuan Guru yang mencalonkan nama beliau sebagai calon Menteri Besar Selangor pada 17 Ogos lalu, selain dari meminta kata nasihat dan pandangan secara umum sebagai panduan untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Tiada disebut langsung mengenai kerajaan perpaduan bersama UMNO seperti yang didakwa. Pihak kami amat kesal dengan fitnah yang sengaja diwujudkan untuk mengelirukan rakyat dan pihak TMI bertanggungjawab untuk melaporkan penafian ini dan meminta maaf secara terbuka.

DR AHMAD SAMSURI BIN MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS

Ulasan