hadiah istimewa kepada pengundi pengundi umno

harga minyak masak akan dinaikkan dan tepung pun juga akan dinaikkan. harga sudah naik walaupun GST belum dilaksanakan. berapa billion subsidi di berikan mengikut sumber umnolah. bagi aku tiada apa subsidi lagi dimalaysia. KERAJAAN UMNO HANYALAH MENIPU DALAM BERKATA ADA SUBSIDI DALAM BARANG KEPERLUAN HARIAN RAKYAT DIMALAYSIA. penipuan demi penipuan diteruskan oleh pemimpin umno. segala subsidi sudah TIADA LAGI DIMALAYSIA, yang tinggal hanya kata kata. minyak petrol minyak masak tepung gula semuanya tiada subsidi. yang menipu pemimpin umno yang percaya balaci dan pencacai umno.

harga GAS MASAK sudah naik tapi  rakyat teluk intan masih memilih parti kroni umno. naiklah harga minyak apa benda sekalipun, yang hanya ada keluhan dari mulut. lepas tu kembali lena dan memangkah umno dan pasukan jahanamnya. kroni terus kaya yang kayap papa kedana adalah rakyat malaysia. mungkin cukai kepala akan dikenakan oleh pemimpin umno sekiranya terus memimpin malaysia. naikkanlah apa saja pencacai dan balaci umno tetap akan memangkah umno. kesempitan hidup tara mana pun hanyalah tahu merungut sajalah. bila datang pemimpin umno menipu akan dituruti dengan mudah. ikutlah sampai ke lubang bewak sekalipun. hadiah hadiah yang menarik sedang menanti rakyat malaysia. yangg pasti dengan kemenangan diteluk intan akan memastikan umno akan terus menjahanamkan rakyat malaysia.

segala benda akan naik tidak kira mengjelang pelaksanaan GST atau pun tidak. kenaikan harga akan terus menerus tanpa ada sekatan selagi umno memerintah malaysia. selagi ada balaci dan pencacai yang menyokong umno mereka akan bermaharajalela. harga barang akan melambung lambung. rakyat malaysia akan terus menderita dan susah papakedana. umno tidak akan susah hati selagi ada pencacai balaci yang mengundi mereka dan boleh dibeli dengan harga murah sekali.

Ulasan