analisa kekalahan DAP di teluk intan

mula ucap lah terima kasih kepada pengundi bijak teluk intan yang memilih seorang bakal calon menteri. mah menang dengan majoriti yang membolehkan dia menjadi mp dan menteri.  walaupun GSt yang akan menjerut leher  rakyat namun rakyat teluk intan tetap memilih umno. itulah sikap yang paling hebat. harga GAS MASAK sudah naik pun rakyat teluk intan tetap memangkah gerakan sekutu umno yang akan menaikkan apa lagi sehingga rakyat malaysia seluruhnya akan papa kedana kecuali kroni umno. pencacai umno tetap akan miskin papa kedana dan akan kaya bila ada prk berlangsung. sebanyak mana pun penerangan yang diberi kepada rakyat teluk intan namun ia tidak memberikan kesan apa apa selain memangkah tetap umno.

pengundi dap belum bersedia untuk memilih seorang melayu yang mewakili kepentingan mereka walaupun diuar uarkan ia sudah berlaku. generasi tegar yang karat biru tetap menyokong umno walaupun setiap hari mengeluh kesusahan hidup. mengeluh sebab jadi miskin kerana keadaan harga barang melambung lambung namun ia tetap memilih umno dan kroninya. sikap yang sukar dibaik pulih dibuktikan diteluk intan. keadaan sosial ekonomi walaupun menekan sampai nazak pun rakyat masih memangkah barisan nasional. apa lagi yang nak dibuat. blogger perak yang selalu hebat masih gagal mempengaruhi pengundi pengundi teluk intan. pengundi teluk intan masih memilih untuk kembali kepada barisan nasional.

kesalahan dyana tidak mengaku bahawa ibunya ahli perkasa bukanlah satu benda yang besar sangat tapi cuba dimainkan oleh media internet. kadangkala jawapan yang diberikan diwaktu yang salah dan dimainkan dengan baik. dan jawapan yang diberikan tak menyentuh apa apa. ibu dia seorang umno pun boleh dikatakan satu fakta yang jelas tapi kenapa ia tidak digunakan. ia tidak memberikan kesan yang menyeluruh tapi yang pasti kegagalan keluar mengundi sebab majoriti tinggi adalah sebab utama kekalahan. dengan ekonomi yang tidak mengizinkan walaupun diuar uarkan ada bus yang mengangkut untuk pulang mengundi.  

Ulasan