pokmat aid dan pok mat zif - sama je tibai duit rakyat

seluruh negeri diriuhkan agar mb baru di dewakan dengan sewajarnya. wajah wajah huduh mat said semakin jelas terpancar. dimana mana di burukkan wajah seorang fighter. fighter yang semakin ditinggalkan. pok mat ingin bersara namun dalam hati masih lagi berkeinginan untuk menjadi mb dan adun. kalau tidak masakan nama adun di dun kijal dipadam kan dan digantikan dengan nama pok mat. pok mat berjaya mencantas calon yang akan dipersembahakan kepada istana. pokmat berjaya menghidu kegiatan itu. akhirnya pokmat berjaya. dan diberi surat untuk ditandatangani bahawa hanya setahun saja bermaharajalela. pok mat masih belum puas tapi tok jib dengan berani menindakkan. pok mat terhumban ke zoo bukit takal.

pok mat baru yang mana dipinggirkan oleh pok mat aid dalam jawatan exco kanan. diberikan satu jawatan tenaga hijau untuk memastikan pok mat barru di nyahkan dari jawatan penting di wisma darul iman, pok mat aid gagal menghidu perbuatan pok mat baru kerana terlampau sibuk dikenyir kijal dan menjadi robin hood. kerana terlalu sibuk mencula harta di wisma darul iman. kedudukan umno yang goyah dikatakan modal hebat pok mat aid untuk terus kekal berkuasa. pok mat menjangkakan ia tidak akan digulingkan kerana kerapuhan kerajaan negeri. akhirnya pokmat aid terhumban dari jawatan. barulah pok mat aid tersedar dari mimpi yang panjang dan dilenakan oleh musuh musuhnya.

hari perlantikkan sampai sekarang pok mat baru didewakan. segala usaha sedang dibuat dan menghabiskan duit rakyat terengganu untuk memastikan pok mat baru lebih bersih dari pok mat lama. pok mat baru berasal dari jawatan cikgu sekolah. disekolah didewakan pok mat baru bersemperna hari guru yang berlangsung. seolah olah seluruh jentera pendidikan merestui perlantikan pok mat baru. banner seluruh terengganu sekarang dipasang baru. wajah wajah pok mat baru di berikan nafas baru oleh balaci dan barua umno. kroni kroni lama pok mat sudah bermuram durja. nilai kontrak dan bayaran mungkin dapat dan tidak dapat lagi. bersabarlah wahai kroni kata pok mat.

Ulasan