MAT SAID AKHIRNYA KE LONGKANG

hanelang mat said gedebe mat said nelang mat said tinggal impian dan kenangan saja. mat said umpana rimau tua yang sedang menunggu masa untuk disepak bagai kucing kurap tiada bulu. ugutan umno pada mat said berjaya menyenyapkan suara bekeng mat said. mat said keseorangan bila 2 ekor badut peliharaannya berpaling tadah. dua dua ekor badut belaan mat said sudah termasuk jerat lebih awal selepas mat jidin yang juga berangan angan nak menjadi mb terengganu.  nawi hulu besut dijerkah deris jusoh akhirnya demam kepialu, demam yang panas menyebabkan nawi tak berdaya kemana mana sejak krisis umno bermula. umno tidak membiarkan lama lama 3 lagi yang dikatakan sudah bersiap dengan surat.

upacara tarik menarik bermula selepas pukul 3 petang selepas kedatangan muhyidin ke terengganu. yang mana mana tak menyalak tidak dapat sebarang laba semua menepuk dahi kerana kebodohan diri sendiri. yang berani menyalak akhirnya mendapat balasan yang secukupnya untuk mengenyangkan sementara temnbolok mereka yang tiada pernah kenyang sepanjang hayat. ku tera yang juga dijangka antara yang tersenarai dalam perebutan kuasa mb di terengganu akhirnya terpinggir kerana rekod tak berapa nak bersih sangat dimata pm. watak buruk dizaman pak lah menjadi track rekord yang menyebabkan ku tera pengsan sebelum dapat menjadi mb terengganu.

akhirnya menjelang tengahmalam semua sudah bersedia menerima duit yang ditarik. ada yang menjangkau sampai million ada yang dibawahnya. namun dijanjikan laba yang banyak lagi sekiranya diam dan menjadi lembu kenyang dan membuat kenyataan kembali menyokong umno. fail fail berlori lori sedang menunggu diluar untuk dibaca bersama jika masih berdegil untuk berhenti menjadi umno dan memberikan persetujuan. surat ditandatangani lagi supaya tidak menimbulkan kekecohan yang memalukan pm dan seluruh umno bangang. kawasan hotel dikawal rapi supaya tiada siapa lagi yang boleh lari. yang kenyang adalah yang lari keluar dari umno yang lapar yang setia dengan umno. mat jidin nawi rosli tak dapat apa apa selain angin untuk kentut sebab perut kembung. kalau mereka berani hari tu mesti mendapat bayaran tanpa inbois

Ulasan