KERAJAAN TERENGGANU TERGANTUNG

dua ahli dewan undangan negeri terengganu kijal dan ajil mengistiharkan diri menjadi BEBAS, umno tidak lagi berhak memerintah terengganu. mb baru terengganu sepatutnya membubarkan dewan selepas umno bukan lagi majoriti dalam dewan undangan negeri. apakah umno terengganu akan dirundung malang lagi selepas keluarnya mb dan juga adun AJIL.  mat said hilang jawatan mb, umno terengganu akan hilang negeri. apakah yang akan berlaku lagi.

pembubaran DUN adalah sesuatu yang lebih menarik. keupayaan tok jib memerintah malaysia semakin tertekan. umno akan hilang negeri terengganu dikala GST akan di laksanakan tahun hadapan. kemarahan rakyat akan diterjemahkan di pilihanraya kecil di seluruh dun diterengganu. kerajaan umno akan tumbang atau lebih kuat ditangan mb baru. suasana perpecahan berlaku diseluruh terengganu. puak puak sudah berkumpul menyatakan puak mana yang mereka sokong. tiga puak sedang berperang merebut jawatan mb. utara selatan dan tengah sedang bersiap siaga meletakkan calon mereka untuk menjadi mb.

Ulasan