umno terengganu memang bangang

umno terengganu dengan jelas menolak usul membincangkan usul membincangkan perlaksanaan syariah ditolak oleh dun terengganu. zuber embong bekas calon parlimen yang kalah dan juga bekas pegawi jabatan pendidikan negeri terengganu yang terkenal dengan perangai sewelnya semasa dalam jabatan pendidikan negeri terengganu dan menjadi speaker dewan undangan negeri terengganu adalah calon paling sesuai untuk menolak apa saja yang diusulkan oleh pihak pembangkang. dalam keadaan zuber yang serba lekeh serba tak tahu peraturan dewan, mamat ini mampu melakukan apa saja dalam dewan. perangai sewel dari dulu akan dibawa kedalam dun, dan ia adalah pilihan yang tepat bagi kerajaan mat said.

usul ini ditolak oleh zuber dengan memberikan alasan bahawa usul ini akan dibincangkan diperingkat tertinggi dulu iaitu didalam parlimen. jawapan yang mudah dan senang. jawapan yang membuatkan umno boleh tersenyum lebar. sesuatu beban diserahkan kepada parlimen dan ia memakan masa untuk mendapatkan jawapan. ia suatu yang bijak bagi speaker untuk menolak usul ini.

umno akan menolak hukum hudud dengan jelas, inilah yang jelas dan tidak perlu pertikaian mana mana pihak lagi. umno memang tak mahu, apa lagi nak cakap, bagi balaci umno yang ada dalam pas, itulah jawapan yang pasti tak payah nak spin isu isu bodoh soal hukum hudud. sebab utama dah nampak apa lagi nak diberitahu kepada rakyat. bukan dap pkr saja menolak nya umno adalah pemain utama yang menolaknya. belum sampai peringkat atas lagi umno sudah awal awal menolak perlaksanaan hukum hudud.

Ulasan