PAS SAHUTLAH CABARAN UNTUK KELUAR PAKATAN RAKYAT

cabaran dari DAP perlu di layan dengan sewajarnya. DAP sudah kuat tak perlu sangat kepada PAS, tiada pakatan diseluruh dunia akan kekal, kita mengenali DAP sejak dari dulu lagi, apa saja yang menyentuh hak keistimewaan mereka, mereka akan bertindak, tapi apakah pas perlu berlembut sentiasa kerana atas dasar menjaga hati kawan, lembu yang kenyang dalam pas amat ramai, yang pasti Di SHAH ALAM akan ada kenyataan bodoh dan bangang seperti biasa. PAs dikatakan bersandar kepada kekuatan PAkatan rakyat dan tidak mustahil dimasa akan datang PAS boleh ditendang selepas pakatan rakyat merasakan diri mereka terlebih makan ubat kuat. yang pasti DAP adalah rakan yang boleh lena tidur sebantal.

Banyak benda yang dilakukan oleh DAP tapi PAS masih berdiamkan diri, sebab apa PAS berlembut, sebab terlalu banyak lembu lembu yang mempertahankan DAP dari mempertahankan party sendiri. begitulah nasib PAS yang terpaksa banyak berkorban kerana kebodohan lembu yang dibela. tidak ada party lain yang mempertahankan party lain selain dari pemimpin pas yang sanggup mempertahankan pemimpin party lain kononnya pas bersalah. alasan bangang yang selalu dikeluarkan adalah pas amat bergantung kekuatan kepada pakatan rakyat. undi rakyat akan lari jika pas berpisah dari pakatan rakyat. sejauh mana undi pas akan lari tidak pulak diketahui kecuali kebodohan pemimpin pas sendiri yang  mempertahankan party lain.

Apakah MAT SABU juga tidak bersetuju dengan pembentangan hukum islam di PARLIMEN??  tidak ada satu pun suara dari mat sabu sepanjang hukum islam dibicarakan. apakah mat sabu juga terpaksa mempertahankan dynasty lim kerana ia kawan baik sewaktu dipenjara. suara ketiga tiga naib presiden PAS pun tidak berkumandang langsung, apakah nak menjaga hati dan perasaan kawan kawan dalam pakatan rakyat.  mereka ini mungkin risau untuk berkata kata sebab akan hilang undi dap nanti. undi dap amat perlu kepada pas, kalau tidak mana mungkin pemimpin dari shah alam akan mempertahankannya. tak akan takut lagi dengan perjanjian belakang mati di perak. kerusi pas tak bertambah jugak. walaupun dikatakan cukup hebat boleh menjatuhkan umno. tapi habuk tak ada.

oleh kerana setiausaha agung dap anthony loke sudah membuat cabaran apakah mat sabu akan mendiamkan diri, apakah masih berharap itu adalah suara personal bukan suara keseluruhan dap, ia adalah senada dengan apa yang pernah diutarakan dari mana mana pemimpin DAP. contoh terdekat, DAP tak perlukan PAS dibukit  gelugor sebab DAP sudah menang dengan majoriti gilababi besarnya, kalau PAS tak turun kempen sekalipun DAP akan menang lebih besar dari masa PRU ke 13, mungkin calon barisan nasional akan hilang wang deposit jika berani menentang DAP dibukit gelugor. PASUKAN kempen PAS tak perlu menghantar pasukan kempen kerana DAP sudah terlalu kuat dalam pakatan rakyat, PAS boleh berundur kerana sudah dihalau keluar. apakah pemimpin pas tidak mahu menyahut seruan itu atau ada lagi pemimpin pas yang akan berhujah dengan baik bagi membenarkan kenyataan ANTHONY LOKE.

Ulasan