mat said terus gedebe

nampaknya politik terengganu terus panas, rozi mamat exco terengganu terus menafikan ia adalah calon mb terengganu menggantikan mat said, kasihan rozi terpaksa menjawab bahawa bukan dia calon mb, ikutnya memang rozi tak layak pun jadi mb sebab satunya dia penakut gila. bila kapal deris jusoh karam, dia melompat masuk ke kapal mat said, kapal deris bocor dan terus tenggelam, tinggal hanya rosol yang tiada wahyu saja yang berani berdepan dengan mat said, akhirnya panglima perang deris tak dicalonkan walaupun disaat akhir rosol tanpa wahyu cuba buat baik dengan mat said. mat said perlu jelas siapa yang sokong dia dan siapa perlu dicantas seperti mana disetiu hanyut terus pengaruh deris jusoh.

kasihan rozi sudah mengganggap orang disekelilingnya menjadi langau sebab dia rasa sesak nafas bila nama nya naik untuk dicalonkan menjadi mb baru menggantikan mat said. wajah huduh mat said terus dihuduhkan, dan sememangnya wajah mat said memang huduh sehuduhnya. kemelut mb terengganu yang tiada akhirnya cuba disembunyikan oleh rozi, dengan penafiannya dia berharap agar amaran mat said kepadanya akan berkurangan atau dipecat dari jawatan exco. ugutan dan amaran mat said kepada mana mana exco atau yb yang berani merembat jawatan mb dari tangannya cukup menakutkan mana mana exco di terengganu sekarang.

Ulasan