masa untuk shopping sakan

kegagalan mencari dan menyelamat mh370 dijadikan alasan untuk menaiktaraf keupayaan radar dan sistem pertahanan negara, apakah nasib malang rakyat malaysia akan berulang lagi, pembeliaan yang mahal canggih dikatakan tapi tidak dapat digunakan. secara mata kasar pembelian alat alat kelengkapan pertahanan negara amat perlu tapi bila umno yang membeli alat alat ini akan bermakna permbaziran dan juga masalah guna pakai alatan itu akan menjadi persoalan yang tak akan habis sampai bila bila. bocor wang rakyat adalah satu masalah yang sukar dibendung. kesilapan memilih peralatan dan pembaziran berlaku kerana tidak dapat digunakan.

scorpene yang dibeli tidak dapat digunakan dalam operasi menyelamat mh370, walaupun dibeli dengan harga yang amat amat mahal tapi kegunaannya hanya seperti kapal biasa, walaupun papagomo naik scorpene tapi tidak bermakna ia boleh digunakan semaksimum mungkin, mungkin kerana sial papagomo yang berhadapan dengan saman fitnah yang dibuat scorpene tidak mampu menjalankan kerja kerja menyelamat apatah lagi untuk bertindak sebagai alatan canggih pembela negara malaysia. keupayaan alat yang canggih dibeli amat amat diragui keberkesanannya dalam usaha mempertahankan negara malaysia dari serangan pihak luar. asset malaysia sudah terdedah kerana kehilangan mh370.

pembelian alat radar baru bersama kelengkapan tentera yang baru akan membuatkan tabung negara bocor lagi, kaedah pembelian terus akan diguna pakai kerana keadaan terdesak, dan sudah berulang kali dinyatakan dalam media, menteri pengangkutan sudah berulang kali mengeluarkan kenyataan bahawa perlu mempertingkatkan keupayaan aset negara dalam pertahanan. siaran yang berulang kali ini menggambarkan betapa serius nya keselamatan negara tapi dipermainkan oleh umno yang hanya mencari untung dalam kontrak yang akan diperolehi. semua boleh kautim bawah meja. beli lah peralatan secanggih mana pun tapi tak boleh digunakan semasa diperlukan adalah sesuatu yang memalukan negara.

Ulasan