Kotak hitam dijumpai???

denyut bunyi konsisten dikesan oleh dua kapal satu dari negeri cina dan satu dari pihak autralia. Haixun 01 dan ocean shield mengesan denyut pendek pendek. dan dikatakan ia sama dengan denyut bunyi kotak hitam. Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berkata bahawa denyut nelum dikenal pasti dan disahkan betul ianya bunyi dari kotak hitam yang semakin habis baterinya. kedua dua kapal ini belum mengesahkan bunyi yang dikesan oleh kedua kapal ini. jarak kedua kapal adalah antara 300 batu nautika. mungkin kedua kapal ini mengesan bunyi yang sama tapi belum disahkan ia adalah bunyi kotak hitam.

persoalannya apakah data kotak hitam boleh diubah suai atau tidak??. dimana sebenarnya kotak hitam ini dipasang? di dalam kokpit atau dibelakang ekor kapalterbang. berapa lama ia merekodkan kejadian yang terjadi di dalam kapalterbang? apakah situasi nya tulen atau boleh diubah suai. suara atau apa yang direkodkan. jika berlaku kebakaran dalam kokpit apa yang direkodkan. bagaimana ia merekodkan segala kejadian dalam kapalterbang. ia ada imej atau hanya suara direkodkan dalam kotak hitam ini.

apakah kotak  hitam yang dimiliki oleh kapalterbang malaysia dilengkapi adalah yang terlatest atau yang lama?  jika yang lama apakah yang akan diperolehi jika ditemui? banyak mana kotak hitam boleh merungkai misteri kehilangan kapalterbang ini. keseluruhan misteri kehilangan mh370 tidak akan terurai walaupun dengan penemuan kotakhitam ini. mengapa seluruh dunia mencari kotak hitam, dan mengapa sampai sekarang tiada satu cebisan fizikal yang ditemui walaupun sudah dilakukan penyedutan besar besaran.

Ulasan