KOLID SAMAD DAN TULANGBESI siapa yg bengong

kolid samad antara ajk pas pusat, banyak pandangan dia lebih banyak menjurus kepada kebaikan party lain walaupun memegang kad keahlian pas. aku tak faham kenapa Yb kolid samad lebih terpengaruh dengan pandangan bengong tulangbesi daripada pandangan ulama dan para perjuang pas, dalam usaha pas mendaulatkan hukum islam kenapa kolid samad masih mengutarakan pandangan pandangan yang tidak mencerminkan bahawa dia seorang ahli pas yang memperjuangkan hukum allah lebih dari segala galanya. amanah sebagai perjuang islam lebih besar yang mana tiada makhluk allah yang gagah selain manusia yang mampu menanggung amanah yang diberikan.

tulisan kolid samad dengan tulangbesi tidak banyak beza, bezanya tulangbesi bengong sebab tak dapat jawatan dalam mana mana negeri yang diperintah oleh pembangkang, dalam umno tak ada siapa pun nak tulangbesi sebab tu terpaksa menumpang dalam pembangkang. perangai pun sama je dengan berahim ali. bagaimana kolid samad yang selalu ada dalam majlis mesyuarat pas yang selalu bocor kepada warganegara internet tidak memperolehi maklumat yang jelas kenapa pas nak bentangkan PRIVATE BILL, dimanakah kekuatan dan kelemahan yang ada pada pas. kalau kolid samad lebih menjurus kepada ketidakupayaan pas untuk membentangkan hukum islam dan akan menjadi satu titik perpecahan dalam pakatan rakyat. kolid samad tidak berupaya menggambarkan keseluruhan gambar yang sepatutnya ada dalam otak perjuang islam.

apakah kolid samad tak pernah berjumpa dengan Dr Zuhdi Marzuki Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat, apakah kolid samad tak sebulu atau tak mahu menerima pandangan dr zuhdi, pas ada lawyer ada segalanya dalam pas,  pas hanya perlu simple majoriti dan bukannya 2/3 seperti yang digambarkan oleh maloan maloan yang takut kepada hukum islam, mengapa terlalu takut sangat kepada perpecahan pakatan rakyat dalam kontek yang terlalu besar padahal ianya hanya perlu pada perubahan kecil. belum bentang dah bermacam macam alasan hujahan bangang diberikan . yakinlah dulu, bentang dulu yang penting tolak ke tidak berserah kepada allah, berapa yang dapat meramalkan bagaimana politik malaysia pada tahun 2014 ini jika dulu umno dan barisan nasional begitu kukuh dengan sokongan bukan islam tapi sokongan itu beralih arah dan tidak lagi menjadi fixed deposit lagi kepada umno dan barisan nasional, janji allah itu benar dan yakinlah.


Ulasan