APAKAH perlu 2/3 untuk dapatkan kelulusan parlimen??

hukum islam yang sedang hangat sekarang diperkatakan oleh islam dan juga bukan islam.  semua nampak hebat berbicara mengeluarkan pendapat masing masing. yang paling hebat no jazlan yang dah terang terang tak akan menyokong dan tidak akan memberi undi untuk memberikan kelantan menjalankan hukum hudud. demi mengelakkan hukum islam berjalan dibumi kelantan, pelbagai alasan bangang hujahan bahalol di mainkan oleh penganut islam sendiri dan ditambah oleh para para kafir yang akan sentiasa memastikan malaysia tidak akan menjalankan hukuman menurut agama islam.

bagaimana penganut agama lain nak bersetuju dengan perlaksanaan hukum islam sedangkan penganut islam sendiri yang tidak mahu. yang ada dalam party pas sendiri pun tak yakin dan tidak suka kepada janji janji allah. mengaku beriman tapi tidak yakin hukum islam lebih adil kepada manusia sejagat. hukum islam adalah satu skop saja dalam islam keseluruhan tapi andainya kita tidak yakin apakah beriman lagi kan manusia yang mengaku islam. apakah orang kafir akan bersetuju dengan orang islam? jawapannya tidak. dan yang pasti dalam penganut islam sendiri sangsi kepada hukuman islam. buat masa dan tenaga je berjuang dalam parti islam sedangkan iman tidak ada wlaupun sebesar zahrah.

manusia tidak perlu menyatakan bahawa dia kufur tapi kufur walaupun dengan perbuatan tulisan atau perbuatan tangan. bukan payah sangat nak jadi kafir. semudah itu saja iman boleh gugur bila kita menyatakan tidak bersetuju dengan apa yang allah turunkan. dan yang pasti ada yang akan korner bahawa bukan semudah itu nak menghukum orang lain kafir walaupun dengan lidah sudah membuktikan mereka sudah keluar dari jalan iman. apa yang pasti jika tak setuju dengan hukum allah sila keluar dari bumi allah sebab kita bukannya pekerja kepada allah, bukannya kawan kepada allah, bukan sedara mara kepada allah tapi kita adalah HAMBA sepanjang masa, dari lahir kepada mampus membaham tanah. jangan sombong sangat dengan apa yang allah turun.

Ulasan