tiada kemajuan dalam mencari

semakin lama selepas malaysia semakin banyak berita yang diterima semakin susah nak percaya mana satu yang betul dan sahih. macam bermain main je mencari. sekejap jumpa lepas tu hilang, radar mengesan sebesar 24 meter, apakah tiada koordinat yang tepat dirakam oleh satelit,. apakah imej satelit pun boleh ditipu oleh manusia. kalau imej sebesar 24 meter dikesan tiba tiba hilang seolah ada yang tak kena, dalam masa yang sama pula pihak lain mendapat imej yang lain dikawasan lain, memang pelik dan meragukan kenyataan yang dikeluarkan. apakah mereka ini semuanya keliru main hantam ajelah nak beritahu kepada rakyat dunia yang mereka sedang berusaha gigih mengenal pasti.

harapan palsu diberikan kepada dunia, apakah mereka ini tahu atau tak tahu dimana pesawat malang itu. dengan segala kecanggihan yang ada mereka sebenarnya tak mampu mencari dimana lokasi sebenarnya kapalterbang yang hilang itu. autralia mengesan objek 24meter tapi hilang bila dicari, kemudian china pulak mengesan kedudukan objek yang sama besar tapi berlainan tempat. kekuatan 26 negara digembeling tapi tiada yang pasti. dunia masih bersedih dengan keadaan ini. pihak berkuasa bermain main dalam mencari atau apa yang mereka selindungkan sebenarnya.

pertunjuk dipetunjuk namun sampai hari ni masih belum dikenalpasti apakah itu sisa sisa kapalterbang yang malang itu. harapan yang bersinar akhirnya malap, bersinar kembali malap lagi, bagaimana kah perasaan mereka jika mereka berada ditempat keluarga yang hilang orang yang mereka sayang. jangan beri harapan palsu lagi. hentikanlah semua agenda. baik tak payah buat kenyataan akhbar hanya sekadar melagukan lagu yang sama tanpa penyelesaian.

Ulasan