TEORI TEORI KEHILANGAN MH370

SEMOGA MH370 SELAMAT PULANG

PELBAGAI teori telah dikemukakan oleh pelbagai pihak yang berautoriti atau pun yang tidak tahu hal penerbangan sama sama berteori. cuma merisaukan aku adalah semakin lama semakin mengarut teori yang akan dibaca atau ditulis oleh pelbagai manusia, seluruh dunia berteori, mh370 masih lagi hilang tanpa ada titik yang boleh dikatakan hampir untuk ditemui. kotak hitam mempunyai masa 18 hari lagi sebelum baterinya luput. rekod dunia dalam pencarian pesawat ini disertai oleh 25 negara. terlalu ramai yang menyertai usaha usaha mencari ini. setakat ini masih buntu lagi. teori teori semakin banyak masuk ke alam maya. yang terbaru kepulauan maldives. sebelum ini diego garcia. sebelum tu bomoh bangang 1 malaysia 

kerajaan malaysia dengan bangga menyalahkan pilot, satu hukuman sudah dijatuhkan samada benar atau tidak. apakah malaysia tidak berbangga mempunyai seorang pilot yang berpengalaman dalam menerbangkan pesawat mas boeing 777 ini. sudah menerbangkan hampir 18 ribu jam. satu angka yang sukar dicapai dan memerlukan komitmen yang tinggi. menerbangkan pesawat bukannya semudah bawah motorsikal merempit kaki berlunjur ke belakang, beratus nyawa ditanganya jika ia gagal mengawal dan mengemudi pesawat dengan baik. hentikan tomahan kepada rakyat sendiri sebelum terbukti apa apa. simulator yang ada belum menjelaskan apa apa bukti sekadar telahan dan teori kosong.


Ulasan