serius atau tidak kerajaan malaysia

kehilangan MH370 sudah sampai ke hari ke tujuh, pasukan menyelamat dan mencari masih buntu mencari dimana hilang kapalterbang ini. solat hajat diadakan diseluruh negara, bomoh bengong pun sudah dipanggil untuk menjalankan ritual yang menjadi bahan lawak di seluruh dunia. google play store sudah menyediakan permainan terbaru \mereka iaitu bertajuk BOMOH. seluruh dunia mentertawakan malaysia akibat kebodohan umno and the geng. pelbagai parodi dimuat naik. apakah umno tidak ada lagi perasaan malu sebagaimana manusia biasaa. sudah hilang segalanya bagi umno yang penting adalah wang kuasa.

wartawan seluruh dunia berkampung di malaysia. tat kala malaysia dilanda musibah kapalterbang hilang dan juga jerebu yang teruk di selangor terutama pelabuhan kelang. ada lagi pemimpin umno berpolitik secara bangang seperti biasa. hishamudin hilang kesabaran bila diasak wartawan asing. apakah ini watak menteri yang mana menggambarkan keseluruhan malaysia. imej malaysia koyak rabak apabila menteri memberikan press statement dalam keadaan yang tidak bersedia dan kehilangan punca. sampaikan bila wartawan malaysia tanya kenapa dilewatkan press statement menteri dengan bangga menjawab, saya akan berada disini mulai hari. sudahlah melewatkan kenyataan bila ditanya tak menjawab soalan yang ditanya. memalukan betul maruah negara malaysia.

segala kelengkapan dari segenap pelusuk negara sudah tiba namun kapalterbang masih hilang. tidak ditemui dan tidak ada jawapan selain andaian kosong. berapa lama lagi usaha usaha menyelamat dan mencari ini akan diteruskan. apakah malaysia tidak mempunyai plan yang baik menanangani situasi begini. berapa lama dan berapa kos yang akan perlu ditanggung oleh kerajaan malaysia dalam keadaan ekonomi malaysia yang teruk akibat ketirisan dan kebocoran. operasi ini sudah memasuki hari ke 7, apakah malaysia akan terus meneka dan membuat kenyataan bercanggah antara satu sama lain, hari ini lain beri kenyataan esok akan nafikan kenyataan yang dibuat semalam. tudm kata ada objek yang tidak dikenali tapi tak ada benda yang dihantar untuk menyiasat apakah benda yang mereka lihat discreen radar. atau bahan api tak ada menyebabkan kapalterbang askar juga tak dapat terbang selain lawak jenaka lama kapalterbang malaysia tiada enjin.

Ulasan