selepas simulator ada pulak panggilan misteri

selepas gagal mengaitkan kapten zaharie dengan rampasan simulator dirumah, ada pulak teori terbaru yang mengatakan kapten zaharie menerima panggilan misteri dari seorang wanita. kenapa kerajaan malaysia terlampau sibuk sangat membuat andaian bangang dan bodoh kepada warganegara dia sendiri. carilah dulu kapalterbang itu dimana barulah tindakan lain boleh dibuat, jangan buat spekulasi bangang yang akhirnya memalukan negara. fokus utama adalah mencari dimana kapalterbang bukan membuat tuduhan dan andaian yang boleh terus merosakkan negara malaysia.

selepas gagal menemukan apa apa bukti untuk mengaitkan kapten zaharie dengan simulator yang terdapat dirumahnya, bermula lah fitnah terbaru, menerima panggilan misteri pulak sebelum berlepas. apakah ini cara malaysia menangani imej yang semakin punah ranah akibat kebodohan kerajaan malaysia. nak menyelam di lautan dalam tanpa bukti sahih yang mh370 jatuh dilaut tersebut. bukti sahih belum ada tapi dah sibuk sangat nak menyelam. apa benda yang menjadi agenda utama sekarang? menyelam di lautan hindi atau mencari dan menyelamatkan kapalterbang. fokus utama adalah mengenal pasti dimana pesawat yang malang itu berada bukannya buat kenyataan bodoh dan bangang.

selepas ini kalau gagal dengan panggilan misteri ini apakah akan ada teori lain pulak, ada berjumpa dengan maloan mana sebelum masuk kokpit. atau ada jumpa sesuatu dalam beg kapten atau co pilot. apa lagi teori yang akan timbul selepas ini. dimana kapalterbang yang hilang tidak diketahui tapi sibuk dengan hal lain lain. pastikan dulu dimana kapalterbang berada. nanti ada macai umno marah pulak kalau aku kata begini. kena ikut prosideur kata macai umno. teori teori yang mengaruk tu memualkan aku. buat tuduhan kepada orang yang tidak boleh menjawab. betul ke salah kemudian kira. kalau dia betul bersalah dakwa sajalah. ini menimbulkan masalah kepada keluarga yg terlibat, belum tentu bersalah tapi sudah dijatuhkan bersalah.

Ulasan

  1. nanti ada berita sebelum kapt zahari naik kapai terbang dia beli jeruk kelubi dari seseorang yg misteri dari perak, selepas telan jeruk kelubi tu kapt zahari berjalan terhuyung hayang mcm sb mabuk barbican.. hahaha

    BalasPadam
  2. banyak sangat spekulasi menyebabkan huruhara. banyak sangat benda korner sampai terbabs masuk longkang. terpaksa korner lagi, tapi itulah prosidur kata abg jak. kasihan tengok kapten kena bedal siang malam tanpa berpeluang menjawab, media duk ganggu keluarga dia pulak, sudahlah mereka kehilangan orang yg mereka sayang. apa punya bahalol kerajaan malaysia

    BalasPadam

Catat Ulasan