pm kena letak jawatan

mh370 diakhiri dengan menandakan kawasan lautan hindi tempat terakhir landing berlaku, tanpa bukti bukti yang sahih dan menyakinkan semua pihak. seluruh dunia terkejut dengan pendirian malaysia. bagaimana bukti melalui visual bukan bukti fizikal malaysia mengambil keputusan menamatkan crisis ini dan menoktahkan percarian dengan mengatakan lautan hindi adalah tempat terakhir mh370 sampai. dimana bukti bukti sahih yang menyakinkan keluarga dan seluruh manusia dialam maya ini. dalam keadaan amerika syarikat yang seolah olah mencari silap kapten penerbangan bukannya pesawat boeing yang mengalami masalah.

apa sebenarnya perancangan yang sedang bermain, daily telegraph satu akhbar yang amat celaka melaporkan bahawa kapalterbang ini melakukan penerbangan bunuh diri, apakah daily telegragh mempunyai agenda jahat kepada pilot demi menutup kesalahan boieng. sekaligus boeing boleh bersenang lenang tanpa perlu memikirkan mencari jawapan kepada masalah yang timbul semasa penerbangang. boeing akan meneruskan urusniaga tanpa perlu rasa bersalah dan masih mengganggap kapalnya masih yang terbaik dan selamat untuk terus terbang.

dalam keadaan begini malaysia terus dihujani dengan pelbagai masalah bodoh akibat kebodohan pemimpin umno. dengan bersandarkan teori data malaysia terus mengumumkan bahawa mh370 telah mengakhiri perjalanan dilautan hindi. tiada kata kata terhempas atau terjunam terbakar meletup, itu hanyalah kata kata seorang pm, apakah teori itu diguna pakai sehinggakan seluruh dunia terkejut dengan kelajuan pihak berkuasa malaysia membuat kenyataan. mengakhiri krisis mh370 dengan kenyataan yang tidak menyakinkan terus masyarakat dunia.

Ulasan