MH370 scope search and rescue makin luas makin sukar

apa sebenarnya yang berlaku kepada mh370? itu yang berlenggar di minda semua rakyat didunia ini. jika dirampas kenapa tiada permintaan tebusan atau permintaan yang hendak diminta. apakah hijacker hanya bermain main menguji kepakaran mereka dalam dunia teknology moden. apa sebenar yang ingin dibuktikan oleh mereka jika mereka merampas. tak akan suka suka je merampas. apa yang dirampas biasanya keinginan untuk memiliki sesuatu yang lain atau ada permintaan yang hendak dihebahkan kepada dunia. rampasan kapalterbang bukan satu benda mudah dan tidak semudah merampas lolipop dari tangan budak budak. kalau semudah itu ramai yg akan merampas.

jika mh370 meletup ada masalah teknikal mengapa tidak ada alat yang ada dalam kapalterbang itu menghantarkan mesej kecemasan. disetiap inci badan mh370 itu dilengkapi dengan segala alat moden yang boleh berhubung terus ke mana mana pusat kawalan jika berlaku letupan kebakaran masalah teknikal atau apa saja membahayakan nyawa anak kapal dan penumpang. pesawat moden mempunyai pelbagai kelengkapan canggih dan bukan alatan lama yang masih diguna pakai. kecanggihan pesawat ini diakui selamat oleh pakar pakar penerbangan didunia.

scope pencarian diperluaskan semakin lama semakin diperluaskan. banyak negara menafikan mh370 melalui ruang udara mereka. yang terbaru india menafikan. jika mana mana negara menafikan laluan yang dikhabarkan dalam press conference tidak lagi valid jika negara itu menafikan ada berlakunya laluan dibawah radar. beribu kilometer nak terbang dibawah radar, ni bukan pesawat kecik, pesawat ringan atau juga dron yang boleh lalu bawah radar. jika scope pencarian dan menyelamat makin luas makin sukarlah untuk dicari. apakah boeng ini boleh diterbangkan sejauh dari 6000 km. dengan berada dibawah radar. jika dibawah radar tekanan minyak banyak digunakan dan sukar untuk bergerak jauh sangat.

Ulasan