media barat yang celaka dan bangang

media barat terutama media amerika menggambarkan co pilot dan pilot orang yang bermasalah demi melindungi agenda yang tersirat. mereka sedaya upaya melindungi syarikat boeing yang sedang menghadapi krisis hutang menimbun. dengan menyalahkan kapten dan co pilot mh370 akan menyelamatkan imej boieng yang sepatutnya mencari masalah dan menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka. dengan ditambah beberapa kenyataan dari pihak malaysia sendiri yang secara membabi buta menyerang warganegara sendiri tanpa ada fakta kukuh. beberapa andaian dan spekulasi bodoh dari pihak malaysia juga menambahkan perasa dalam media barat membuat tuduhan dan andaian karut kepada pilot dan co pilot.

sampai ke masa ini bukti bukti fizikal yang mengesahkan mh370 masih buntu, apakah imej satelit akan di U TURN jugak sebagaimana kenyataan dari tentera. dengan mudah jawapan diberi, pihak tentera mh370 diberi arahan untuk berpatah balik tanpa perlu selidiki apa apa, dan yang menjaga ruang udara malaysia terus kembali tidur sebagaimana tidur paklah. itulah jawapan yang paling tidak bertanggung jawab dari pihak yang menjaga keamanan dan ruang udara malaysia. dengan radar yang canggih tapi masih tidak mampu berbuat apa apa kepada negara. dan dengan segala kemudahan dan kecanggihan tidak memberi erti apa apa jika itulah jawapan yang diberikan. kalau kapalselam tak boleh masuk air pun tak apalah bagi mereka sebab mereka tak akan guna apa apa kecanggihan untuk negara.

semakin banyak imej diberikan oleh sekutu us bukannya dari negara yang tidak setuju dengan us. mengapa terlalu banyak imej disoggokkan kepada malaysia tanpa sebarang bukti fizikal. lautan hindi satu lautan yang ganas dan mempunyai lengkuk yang menyukarkan pengesan mengesan dimana kapal itu berada. satu jawapan yang paling mudah dan praktikal, semua negara tidak mempunyai kecanggihan untuk melawan lonely ocean ini, dengan keadaaan kedalaman yang sangat dalam, rupa bentuk laut yang tidak sekata dan pelbagai ancaman sewaktu mencari dan menyelamat pasti menyukarkan para penyelamat mencari bukti.

Ulasan