janganlah bodoh bangang

pelbagai spekulasi dan andaian dibuat mengenai kehilangan MH370. berita sensasi terus bertebaran sampai tidak tahu mana yang benar dan palsu, kelajuan maklumat sampai berita dari vietnam philipina cina semuanya dimuat naik. belum disahkan lagi pun dah masuk dalam blog.siap tulis sudah disahkan. bila dicek silang semuanya hanya untuk menaikkan pelawat. sempat lagi buat kerja kerja dimasa kesusahan orang lain. bersimpatilah sikit dengan keluarga mangsa yang terlibat. tak akan masa begini politik bangang jugak diamalkan.

berita berita sensasi akan terus menghantui media massa. apakah media cetak dan kerajaan jugak akan terikut gaya menaikkan rating walaupun memberikan laporan bangang. kenyataan demi kenyataan semakin memualkan dan menampakkan kebodohan memberikan kenyataan. semakin banyak kenyataan akan mula bercanggah antara satu sama lain. akhirnya mendedahkan bahawa berita yg disampaikan adalah palsu. tak tahu dimana hujung pangkal datang berita pun dah ditulis. mungkin mereka semua dah berhubung dengan CIA KGB MOSSAT atau sb malaysia yang pemalas.

Ulasan