FBI pun ikut bangang

permainan simulator kapten zaharie banyak yang telah dipadamkan. apakah kenyataan fbi ini betul betul ditulis atau hanya gunakan nama fbi untuk menyedapkan jalan cerita. budak budak kecik pun tahu apa itu delete dalam permainan. kalau nak siasat pun carilah kerja lebih baik dari menulis banyak permainan telah dipadamkan. tanyalah mana mamat mamat yang gila kepada permainan tak kiralah need for speed, taken, killzone, nascar, f1 banyak lagi games bila sampai satu tahap mamat yang bermain akan padamkan semua sebab nak masukkan games baru atau software baru, jika mereka terus tinggalkan dalam tu bermakna pc akan menjadi slow, apakah itu pun nak dijadikan modal bodoh untuk menyiasat. mungkin FBI, cybersecurity tak pernah bermain games gamaknya sibuk menyiasat.

mana mana games yang didelete atau dipadamkan oleh pemilik bukan satu benda yang patut diberikan kenyataan kepada umum. semua manusia yang pakai computer akan mendelete mana mana benda yang mereka fikir tidak berguna lagi. kena  beritahu orang lain ke bila nak delete satu satu benda, orang yang bekerja dengan kerajaan pun delete gambar porno. movie porno dalam hard, bukan setakat personal data didelete oleh berbillion manusia dalam alam maya ni. smartphone pun orang delete apa a apa APPS yang tak lagi diperlukan dalam smartphone. tidak menjadi kesalahan mendelete atau menyah aktifkan apa apa apps yang tidak diperlukan. buktikan dulu baru bercakap bukan membuat andaian membuta tuli atau untuk memenuhi atau satu cara escape dari masalah yang ada.

crisis ini sepatutnya ditangani dengan baik bukannya menimbulkan andaian andaian yang berterusan setiap hari.  rakyat diminta jangan timbulkan andaian andaian, tapi malaysia sendiri membuat benda yang membuatkan apa jawapan yang diberikan menambahkan persoalan persoalan yang makin membanyak dan membarah. akhirnya ada pertanyaan dari wartawan yang tidak sabar lagi dengan kenyataan menteri. sepatutnya jawapan yang diberikan bukannya andaian. bukan bersifat tuduhan kepada pilot jika belum dibuktikan mereka bersalah.

Ulasan

  1. percaya kepada fbi/cia/mossad......??? cari kapal terbang itu dahulu sama ada hancur atau tidak .....

    BalasPadam
  2. heheh kapalterbang tak penting yg penting menuduh mana mana kambing kelabu asap. itu paling utama. sembelih lapah

    BalasPadam

Catat Ulasan