diversion mh370

semakin hari semakin kalut dengan kenyataan yang semakin mengaruk dan semakin membodohkan rakyat seluruh dunia.  perlencongan maklumat semakin ketara, buat apa nak diselam laut yang dalam gilababi tanpa bukti sah yang disitu mh370 terhempas atau mendarat secara kecemasan. bukti bukti belum disahkan betul samada plane itu di rampas atau mengalami masalah teknikal atau sebab sebab lain. sampai hari ini belum terbukti apa apa tentang teori atau anggapan atau spekulasi yang berlegar dalam berita tempatan atau luar negara. semakin lama semakin mengharubirukan maklumat. bersiap sedia menghantar keluarga ke australia walaupun maklumat belum sahih. apa kena dengan kerajaan ni sekarang. kalau dikatakan ada objek dikutub utara apakah kerajaan mengambil sikap akan menghantar keluarga kesana. belum disiasat di sahkan dah gila babi buat kenyataan.

fokus kerajaan tidak tentu arah sejak bermulanya hilangnya kapalterbang mh370. crisis yang tidak ditangani dengan sewajarnya oleh kerajaan malaysia. pm membisu seribu bahasa. akhirnya bermunajat. apakah mendiamkan diri pm akan mendiamkan isu isu yang berbangkit. semakin lama semakin teruk imej pm dan kabinetnya. wartawan yang ingin bertanya lebih lanjut pun akan ditahan polis, apakah itu prosidur yang betul menahan bila nak bertanya. mungkin abg jak ada jawapan yang pasti. sebab dia tahu tentang prosidur.

berapa banyak sudah kerajaan malaysia belanjakan dalam operasi menyelamat dan mencari mh370, apakah unlimited spend digunakan untuk mencari dan menyelamat. berapa lama lagi fokus kerajaan malaysia hendak mencari dan menjejak kapalterbang yang malang ini. harapan keluarga semakin menips dan berhenti berharap untuk mendengar samada good new or bad news. selama 14 hari kerajaan malaysia dan lain lain negara masih buntu mengesan dimasa lokasi sebenarnya kapalterbang yang malang ini hilang. sepatutnya mengenal pasti lokasi sebenar pesawat yang malang dikenalpasti bukannya menggunakan kaedah mengaruk untuk mencari dan menyelamat kapalterbang yang malang itu.

Ulasan