bodoh nya umno

umno terpaksa bergantung kepada mahkamah untuk mematikan langkah kajang nuar berahim. sate kajang makin enak untuk dimakan. walaupun semakin mahal. kajang menanti langkah umno untuk memberikan tentangan. apakah umno terikut juga dengan permainan nuar berahim. kerana ketakutan dengan langkah kajang nuar berahim akhirnya umno terpaksa bekerja keras memastikan langkah kajang nuar berahim terhenti selepas nuar berahim masuk dalam penjara. hakim bersidang dengan kadar kelajuan cahaya untuk memastikan  nuar berahim tidak boleh bertanding dalam prk kajang pada 11 mac ini. pkr terpaksa mencari calon lain untuk menggantikan nuar berahim.

bini nuar berahim akan bertanding kembali mengambil alih dari nuar berahim yang didapati bersalah oleh mahkamah malaysia. pematang pauh dulu pun bini nuar berahim juga mengambil alih sementara nuar berahim masih didalam. apakah umno akan memastikan langkah politik nuar berahim tersekat dan terbatas. dan pointnya umno berjaya disitu. seluruh geng umno menarik nafas lega. dan ada payment yang akan masuk selepas kejayaaan menyekat nuar berahim. umno tetap bodoh selamanya jika mngambil kira fakta bahawa hanya nuar berahim sebagai faktor untuk mereka merasa takut. takut umno kepada nuar berahim lebih dari takut kepada yang berkuasa yang menguasai alam.

Ulasan