NGO R berpecah 2 dan tak sehaluan

dulu NGO R diwujudkan dan dikatakan diantara ngo yang boleh bangun menjadi parti politik yang hebat dan boleh menggerakkan rakyat kelantan atau rakyat malaysia. kehebatan R sampai ada simbol silang dua jari yang aku pertikaikan sampai hari ni. simbol yang sama digunakan oleh satu pertubuhan dinegara luar. tapi dinafikan dengan sekerasnya kononnya tu adalah huruf R, gaya gaya R ditunjukkn oleh pelbagai pihak sewaktu kemuncak kehebatan ngo ni. rupanya baru urus seratus dua pun dan berpecah belah, rupanya mazhab tak sama, sama sama nak menunjukkan kehebatan, sekarang baru tahu payah nak uruskan dan memuaskan hati semua pihak, akhirnya R terjadi dua puak dan mesti dinafikan oleh pihak R dan balacinya.

kalau baru tubuh hebat tak sampai  2 3 tahun dah berpecah pada dua puak tak lama nanti tinggal nesan ajelah jawabnya. mungkin penasihat R tak lagi menjadi exco atau penasihat dah sakit kepala melayan karenah ngo yang sentiasa merasakan mereka hebat. patutlah serang pas semakin hebat rupanya ngo ni nak bungkus rupanya. ada udang dalam mee siam rupanya. perjuangan royalti kerajaan kelantan masih diteruskan oleh pemimpin kelantan rupanya, dan berita bahaawa nak ditarik balik adalah berita palsu yang sengaaja diwujudkan.

kerja kerja negara berbeza dengan jual tshirt, boleh je letak mana nak letak, boleh je ikut kepala sokong ikut tajuk, perkara mahkamah bukan boleh redah aje, paksa hakim letak tarikh perbicaraan, kalau duk ikut kepala sokong ikut tajuk mesti banyak solutions dia. kalau berikan tumpuan pada tuntutan saja mana nak memerintah negeri, itu semua perlukan perhatian, semua benda banyak kerja nak dilakukan. bukan setakat angkat sepanduk demo 5 jam habis balik rumah tidur, esok upload gambar tulis kehebatan mari berdemo. siapa yang tak datang tak hebat. yang ketagih minum air suam pdrm pun ada. kalau setakat demo tu hebat baik berdemo ajelah setiap masa.

Ulasan