Jumpa aje dimahkamah

sekarang semua bising selepas kena 2 juta. dulu semua senyap, nampak sangat ada agenda tersirat disebalik yang tersurat. rupanya pemimpin bertaraf dunia tak mampu kawal ahlinya. keluarga ahli parti berdegil kata penasihat umum pkr. hebat keluarga budak dungun ni rupanya, pemimpin bertaraf dunia pun mereka tak heran, tak nak dengar langsung cakap penasihat umum, kalau cakap bertaraf dunia mereka tak nak dengar mesti cakap yang kelas rendah dari pemimpin bawahan ni lagilah mereka tak nak dengar. masa memilih calon pkr pun mereka boleh potong macam tu aje mana mana nama yang sudah diterima pakai oleh pengundi didungun. bung nuar bukan mahu dengar sesiapa jugak sama je dengan ahli pkr. semua benda dia ingat dia je betul otak sama je dengan sb dan umno.

tak payah nak bising sangat, semua dah ada dimahkamah, samada tok guru kalah ke memang tunggu aje perdebatan dimahkamah, tak perlu lagi cakap sisi, mahkamah perlu mendengar kes ini itu yang terbaik. kenapa bising selepas ada saman, dulu semua senyap aje. sekarang semua mencari politikal milleage nampaknya. nuar berahim pun baru bukak mulut, alah kajang tak ada pekerja pas pun pkr boleh menang tanpa perlu kempen pun. ahli pkr selangor yang ramai boleh menampung kesemua sekali, lagipun rafizi saifudin semua hebat berada di barisan depan. ahli pas tak perlu datang sangat nak sibukkan diri. duk diam diam aje lagi baik.

tok guru dah failkan untuk ketepikan saman 2 juta tu, tunggu dan lihat lah sejauh mana peguam pas berfungsi dan mahkamah bertindak. penyokong psm pun sibuk sangat sekarang. abis ulasan dari kes damansara sampai ke dunia semua diulas kononnya pas tak pandai menjaga maruah orang lain. saman 2 juta tapi ulas termasuk kehebatan psm sekali. heran jugak aku bila fikir. kalau psm kuat sangat tak perlulah menumpang atau hendakkan bantuan orang lain, blogger psm pun turun lah kebawah, jangan lah duk sembang je deras macam sb kat kemaman nun, masa banjir pun sembang deras gila sederas air banjir.

Ulasan