isu isu yang sengaja di mainkan umno

isu kasim ahmad sudah lama berjalan dalam rakyat malaysia. selepas isu syiah gagal dimainkan dengan sempurna oleh media massa umno, dicari satu idea lain untuk memastikan isu isu yang sengaja dilontarkan ke tengah masyarakat untuk dibuat satu permainan agar isu sebenar dilupakan oleh rakyat malaysia yang mana sentiasa mudah lupa. umno sudah lama memainkan isu isu untuk menutup isu isu yang sepatutnya. pakatan rakyat pun sama sama melatah dengan permainan umno. pembelajaran yang lama masih gagal dibaca dengan tepat oleh pemerhati politik. isu kenaikan harga barang, tarif letrik harga minyak akan dilupakan oleh rakyat malaysia bila timbul isu baru.

walaupun bisa permainan bangang ini tak berapa sangat menjadi tapi masih relevan untuk digunakan kepada rakyat malaysia. apakah isu yang paling lama bertahan lebih dari 2 minggu, isu minyak naik, isu kenaikan tarif letrik yang semakin dilupakan. rakyat malaysia kembali selesa dengan kehidupan yang ada walaupun seringkali merungut dengan kenaikan kos hidup. rakyat malaysia masih mampu meneruskan hidup walaupun semakin banyak gelandangan tercipta dan juga rakyat yang merempat makin ramai. hutang rakyat malaysia makin menimbun dari busut kecil menjadi bukit akhirnya menjadi gunung yang tinggi. rakyat malaysia akan tetap melupakan  isu isu panas selama setelah ada isu baru yang sengaja di lontarkan oleh umno.

dimana lagi ada orang bercakap pasal kenaikan harga minyak. peristiwa paling hebat adalah sokong ikut tajuk kasim amad yang diputar kembali, jakim jakun jakeh akan bertindak dan ini diulang berpuluh tahun dahulu. namun ideologi kasim amad terus berputar dalam masyarakat dan akan terus dimainkan bila diperlukan. code teori kasim amad akan dimainkan balik agar rakyat malaysia akan marah kononnya ia akan mengancam keselamatan negara malaysia. isu isu lain akan reda dengan sendirinya, isu kangkung akan menjadi lipatan sejarah, semuanya amat mudah untuk umno melipat isu isu panas dengan melemparkan isu isu yang baru agar rakyat malaysia melupakan apa yang sebenarnya mereka patut perjuangkan. marah hanya sekejap dan akan sejuk bila dilemparkan ice.

Ulasan