taktikal sate kajang

semua hanya gerakan taktikal sate kajang. itu yang lebih baik, baik ulasan dari bekas spy yang sudah pencen. semua memuji kehebatan taktikal kajang. yang membisu hanya tok guru presiden, timb. presiden pas lebih kedepan dalam menghadamkan isu kajang yang sebenarnya. agenda jelas dan depan mata, mamat kelabu mata saja kata itu taktikal. kehebatan taktikal selalu dikaitkan dengan ketua umum pkr yang mana jawatan itu wujud atau tidak dalam perlembagaan pkr atau hanya ungkapan popular untuk pendekar hebat seperti nuar berahim. kelebihan taktikal kajang adalah memastikan pakatan rakyat akan menang di putrajaya menjelang pru ke 14.

mungkin penyokong pakatan rakyat tidak nampak apa yang terselindung disebalik air keruh yang ada sekarang, bagi penyanjung pengampu pembodek dan pembangang kepada pkr mereka boleh menelan apa saja yang diberitahu oleh rafizi. azmin dan kuncu kuncu yang masih berjuang untuk sesuatu. pas masih berkabung dengan kehilangan ketua dewan ulama, mungkin pembenci ketua dewan ulama pas sedang gelak sakan sekarang. isu kenaikan harga barang dan  ekonomi yang menghimpit rakyat ditenggelamkan dengan mudah oleh isu KAJANG. ini mungkin sesuai dengan pantun kajang pak malau kajang berlipat kajang hamba mengkuang layu, dagang pak malau dagang bertempat dagang hamba musafir lalu.

dengan segala kebodohan taktikal kajang menyebabkan isu isu lain yang sepatutnya menjadi perjuangan pemimpin akhirnya terpaksa di habiskan tenaga yang ada untuk berkempen di prk kajang pula. suasana yang sepatutnya digunakan untuk menekan umno dan kuncu kuncu sampai mampus akhir diberikan nafas yang baik pula. agenda kajang lebih besar dan nantikan bahawa mungkin kajang akan menjadi pemangkin harga barang akan turun. harga minyak akan turun. semua akan turun menjelang taktikal kajang menjadi kenyataan. tunggu dan lihat sajalah kepada penyokong. selamat berjuang dikajang.

Ulasan