TAK ADA MANGKUK LAIN DAH KE YG BOLEH BUAT KERJA

Tak ada dah dimalaysia yang pandai buat kerja apa benda pun, hanya syarikat KRONI SYED BUKHARI saja yang akan menang apa saja dia masuk. BERNAS, pos malaysia, drb hicom, dermaga, GULA, tanjung pelepas, johor port penang port semua sekali disapu oleh bukhari. apa lagi yang tinggal untuk rakyat malaysia lain selain jadi balaci kepada yayasan bukhari, mampuslah syarikat lain nak cari makan,


Puncak Semangat menang tender DTTB

PUNCAK Semangat Sdn Bhd (PSSB), antara syarikat milik tokoh korporat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary memenangi kontrak untuk mengendalikan dan menguruskan infrastruktur bagi perkhidmatan Penyiaran Televisyen Digital Terestrial (DTTB) di Malaysia.
Kontrak dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 22 April 2012 itu adalah bagi membina dan menguruskan infrastruktur digital DTTB bagi penyiar bebas-ke-udara (FTA) di seluruh negara.
"Infrastruktur DTTB akan membolehkan penyiar FTA berhijrah ke platform digital sepenuhnya bagi menyiarkan lebih banyak saluran televisyen dan radio dan juga menyediakan perkhidmatan tambahan seperti panduan program elektronik, perkhidmatan jadual maklumat, data yang berkaitan program, sistem pengurusan pelanggan, dan audio pelbagai bahasa," menurut SKMM dalam satu kenyataan, semalam.
Menurut SKMM, tiga syarikat disenarai pendek bagi penilaian pusingan akhir tender itu, iaitu PSSB, i-Media Broadcasting Solutions Sdn Bhd dan Redtone Network Sdn Bhd.
"Penilaian dilakukan oleh pakar pelbagai latar belakang profesional dalam SKMM dari Jun sehingga Oktober 2013.
"Di samping itu, SKMM juga menjalankan penilaian pasaran dan penanda aras dalaman bagi mendapatkan gambaran lebih tepat terhadap cadangan oleh tiga pembida yang disenarai pendek," menurut kenyataan itu.
SKMM memaklumkan, hasil penilaian mendapati cadangan dikemukakan PSSB mengatasi yang lain dari segi strategi keseluruhan berdasarkan pelan komprehensif dan terperinci serta dilihat sebagai model perniagaan yang mampan.
"PSSB perlu membangunkan infrastruktur DTTB yang terdiri daripada hab digital multimedia dan rangkaian pemancar televisyen digital berkuasa tinggi, sederhana dan rendah di seluruh negara," menurut SKMM.
SKMM turut menjelaskan projek itu dibiayai sepenuhnya oleh pembida melalui pelaburan mereka sendiri.
Perkhidmatan pertama DTTB dijangka akan ditawarkan pada suku ketiga tahun 2014, dan sebagai permulaan akan disediakan di beberapa kawasan ujian.
"Liputan penuh ke seluruh negara kepada kira-kira 98 peratus kawasan berpenduduk dijadualkan akan dinikmati selepas tamat tempoh siaran serentak analog-digital," menurut SKMM.
Malaysia adalah antara beberapa negara di dunia yang melaksanakan model Penyedia Infrastruktur Bersepadu Bersama yang boleh mengurangkan kos menjalankan perniagaan media dengan cara mengoptimumkan penggunaan aset penyiaran dan infrastruktur dalam negara.

Ulasan