Bijak Bajet: Kemas kini senarai bayaran - kalau selagi umno jahanam hidup tak ada maknanya


Perancangan awal tahun lancarkan proses perbelanjaan bulanan
Awal tahun waktu sesuai merancang perbelanjaan penting bagi memastikan jumlah perbelanjaan tidak melebihi pendapatan. Bajet individu atau keluarga sebaik-baiknya juga berdasarkan tahun kalendar iaitu bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember setiap tahun. 


Jadi, masih belum terlambat merancang perbelanjaan 2014. Sesuatu yang mudah dilakukan jika mengikuti panduan berikut. 


Petua merancang perbelanjaan ialah kenal pasti kategori perbelanjaan. Perkara pertama perlu dilakukan ialah mengasingkan perbelanjaan mengikut kategori masing-masing. Kategori perbelanjaan boleh diasingkan seperti berikut:

Tetapkan jumlah perbelanjaan mengikut kategori

Tetapkan jumlah perbelanjaan penting kerana kita membayar jumlah sama setiap bulan. Contohnya, jika membayar RM525 untuk ansuran kereta, jumlahnya kekal bagi bayaran dibuat pada Februari dan September 2014.

Bagaimanapun, merancang perbelanjaan berubah memerlukan penelitian lebih kerana jumlahnya mungkin berubah mengikut keperluan semasa. Untuk mendapatkan anggaran terbaik, anda boleh merujuk kepada perbelanjaan yang sudah direkodkan. 
Pastikan rancangan selari dengan hala tuju atau objektif kewangan

Perbelanjaan dirancang haruslah seiring dengan hala tuju kewangan keluarga mahupun individu. Contohnya, jika mempunyai matlamat menikmati kehidupan lebih terjamin, anda boleh menambah premium insurans untuk perlindungan lebih baik. Sebaliknya, jika mahu menambah jumlah simpanan, anda mungkin terpaksa mengurangkan perbelanjaan hiburan

Rekodkan perancangan keluarga atau individu

Jika keluarga anda merancang percutian ke Bali, pastikan jumlah itu direkod di dalam rancangan perbelanjaan. Begitu juga sebaliknya jika anda merancang menambah sistem audio kereta. 

Langkah ini penting untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan pergi bercuti dan melengkapi kehendak peribadi.

Rekodkan semua perbelanjaan

Pastikan anda merekodkan semua perbelanjaan yang dibuat. Contohnya, jika anda membeli sut pada 7 April 2014, pastikan anda merekodkan jumlah perbelanjaan bagi kategori ‘pakaian’.

Bandingkan perancangan dengan perbelanjaan sebenar

Langkah ini penting untuk menilai sama ada perbelanjaan sebenar menepati atau melebihi jumlah yang sudah dirancangkan. 

Jika perbelanjaan sebenar melebihi anggaran

Mengetahui punca mengapa perbelanjaan melebihi anggaran

Jika disebabkan oleh kenaikan harga pasaran, anda tidak mempunyai kawalan ke atasnya, tetapi jika disebabkan kehendak mendapatkan barangan berjenama, mungkin anda perlu merubah cara berfikir kepada yang lebih praktikal.

Merombak perancangan perbelanjaan

Ini penting bagi memastikan anggaran perbelanjaan menyamai perbelanjaan sebenar. Anggaran ini membantu anda menilai sama ada perancangan perbelanjaan melebihi jumlah pendapatan dan juga mengawal daripada berbelanja sewenangnya. 
Jika perbelanjaan sebenar menepati perancangan perbelanjaan, tahniah diucapkan dan pastikan anda mengikut formula sama. Jika anda menghadapi masalah melaksanakan perkara sama, pastikan anda:

Meningkatkan disiplin diri

Tiada yang lebih baik daripada mendisiplinkan diri dengan amalan positif. Sesungguhnya disiplin yang diamalkan akan menjadi kebiasaan yang tidak perlu dipaksa.

Mempraktikkan pengurusan yang lebih baik

Jika sebelumnya anda merancang perbelanjaan secara sambil lewa atau tangkap muat, tiba masanya anda serius dalam merangka perbelanjaan. Pastikan anda mengawal perbelanjaan dan bukan perbelanjaan mengawal anda.

Berfikiran terbuka terhadap segala kemungkinan

Walau sebaik dan setepat mana perbelanjaan yang kita rancangkan, anda perlu bersedia menghadapi peristiwa berkemungkinan terjadi di luar kawalan individu. 

Contohnya, anda mungkin terpaksa merombak perbelanjaan jika diarahkan berkhidmat ke luar negara atau kehilangan rumah akibat kebakaran.

Pastikan anda mempunyai perancangan kewangan yang sistematik kerana dapat membantu menghadapi sebarang kemungkinan yang terjadi. Pastikan mempunyai perancangan perbelanjaan sistematik menjadi salah satu azam di tahun baharu!

AKPK: Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit

Ulasan