banyak duit mangkuk ni

BANYAK DUIT MANGKUK AYUN NI, YANG BUAT ONAR DULU, RUPANYA WALAUPUN RUGI MASIH BOLEH MENERUSKAN BISNES INILAH KRONI YANG PATUT DICONTOHI OLEH MALOAN MALOAN UMNO. berjuta juta duit maloan ini melabur patutlah sokong umno, kaya gila boleh buat lagi walaupun dah bangkrap

RSIB perkenal konsep baharu atasi kerugian syarikat

Restoran Sekinchan Ikan Bakar (RSIB) bakal memperkenal konsep baharu restorannya sebagai langkah mengatasi kerugian yang dialami syarikat untuk kembali meraih keuntungan mulai tahun ini.
Pengasas RSIB, Datuk Jamal Md. Yunos berkata, sebelum ini jumlah cawangan restoran itu telah mencecah sehingga 23 cawangan, bagaimanapun hanya sembilan kekal beroperasi.
Katanya, langkah membuka lebih 20 cawangan pada tahun permulaan operasi, satu kesilapan besar dalam strategi perniagaan dan telah menyukarkan syarikat untuk mengawal setiap cawangan dengan baik.
Bagaimanapun, beliau akui pengalaman pahit itu memberi pengajaran bermakna dan mematangkan dirinya mengenai selok-belok perniagaan terutama dalam industri makanan dan minuman (F&B).
"Oleh itu, sembilan cawangan sedia ada akan dinaik taraf dengan konsep baharu dan satu lagi cawangan akan dibuka pada tahun ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 10 cawangan RSIB.
"Konsep baharu restoran akan memberi peluang kepada pelanggan menjamu selera dalam keadaan santai dan selesa di samping memberi lebih banyak pilihan makanan tradisional dengan pelaburan sebanyak RM500,000 bagi setiap cawangan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Cawangan pertama RSIB dibuka di Setiawangsa di sini pada tahun 2010. Semua rangkaian restoran itu menawarkan pelbagai makanan laut segar pada harga berpatutan yang dibeli secara terus daripada nelayan di Sekinchan, Selangor.
Ketika ditanya mengenai perkembangan penglibatannya dalam industri perhotelan, Jamal berkata, Sekin Hotel & Resort dengan modal pelaburan sebanyak RM10 juta telah setahun beroperasi di Sekinchan, Selangor.
Beliau menjangka, Sekin Hotel & Resort yang juga menempatkan cawangan utama RSIB bakal memberi pulangan modal dalam tempoh enam tahun akan datang berikutan sambutan menggalakkan daripada pelancong dalam dan luar negara.
Ujar Jamal lagi, pihaknya turut merancang untuk membangunkan lagi kawasan persekitaran hotel itu dengan menambah pelbagai kemudahan dan infrastruktur pelancongan termasuk membina kolam renang serta taman tema air.
"Kami bukan sahaja ingin menjadikan tempat ini sebagai lokasi percutian, bahkan hab kepada pelbagai aktiviti seperti perkhemahan, permainan paintball dan karaoke," katanya.
 

Ulasan